EKSPRESI11

Blog Kewartawanan

KEBEBASAN AKHBAR/MEDIA MALAYSIA.

Disediakan oleh :         NURULWAHIDA BINTI ALI

MOHAMMAD ALIFF BIN MOHD RODZI

SITI SYAFIKAH BINTI SUHAIDI

MOHD SAUFI BIN ABDUL RAHMAN

Media khususnya akhbar merupakan salah satu medium yang dalam menyebarkan berita, menganalisis keadaan dan membentuk pendapat publik bagi memperjuangkan kebajikan masyarakat, aspirasi dan citra serta cita-cita negara dan juga meningkatkan taraf ekonomi. Oleh itu, dapat dilihat dengan jelas bahawa media membawa peranan sebagai penyebar maklumat kepada rakyat dengan telus dan amanah. Ini dapat dilihat bahawa kebanyakan dari kita bersetuju bahawa media perlu bersifat terbuka tetapi hakikatnya masih memerlukan batasan agar tidak mendatangkan kesan buruk kepada masyarakat seperti pencerobohan privasi,hasutan atau fitnah. Kepentingan kebebasan media dapat dilihat dengan wujudnya kebergantungan penerimaan maklumat oleh rakyat dari golongan atasan melalui media-media yang digunakan.

            Pada tahun 2011, kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Akhbar (PFI) meningkat dari tangga 141 pada tahun 2010 ke tangga 2011. Dengan melihat peningkatan ini,dapat membuktikan kebebasan media di negara ini lebih baik berbanding negara yang dikatakan lebih demokrasi daripada Malaysia di rantau Asia Tenggara. Laporan berkenaan adalah berdasarkan soal selidik yang dikirim kepada pertubuhan sekutu RWB, iaitu 14 kumpulan kebebasan bersuara di lima benua dan 130 koresponden di seluruh dunia, wartawan, penyelidik, pakar undang-undang dan aktivis hak asasi manusia.

Kaji selidik itu mengemukakan soalan mengenai serangan langsung terhadap wartawan dan media serta sumber tidak langsung yang memberi tekanan terhadap kebebasan akhbar. Bagaimanapun, indeks itu hanya berkaitan dengan kebebasan akhbar dan bukannya mengukur mutu kewartawanan. Oleh sebab sifat kaedah pemantauan berasaskan pandangan individu, sering ada jurang besar dalam kedudukan negara dari setahun ke setahun.

Kebebasan media atau kebebasan akhbar merupakan unsur penting dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan bercorak demokrasi. Kebebasan dalam erti kata lain adalah keupayaaan sesebuah akhbar menyampaikan maklumat atau suara hati masyarakat tanpa sebarang kawalan atau pengaruh pihak pihak tertentu secara langsung atau tidak langsung, terutama kerajaan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pandangan berbeza mengenai sejauh mana sesebuah akhbar perlu bebas menyampaikan sesuatu maklumat atau isu.

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengisytiharkan 3 Mei sebagai Hari Kebebasan Akhbar Sedunia bagi menimbulkan kesedaran tentang pentingnya kebebasan akhbar dan mengingatkan kerajaan-kerajaan akan tugas mereka untuk menghormati dan mendukung hak kebebasan bersuara seperti yang termaktub di bawah Artikel 19, Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Bersempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, UNESCO menganugerahkan Hadiah Kebebasan Akhbar Sedunia Guillermo Cano kepada individu, pertubuhan atau institusi yang layak, yang telah membuat sumbangan besar dalam mempertahankan dan/atau menggalakkan kebebasan akhbar di mana-mana di dunia, terutamanya apabila ianya dicapai melalui usaha yang berbahaya. Mula diwujudkan pada 1997, hadiah ini dianugerah berdasarkan sokongan satu badang juri bebas yang terdiri dari 14 profesional akhbar. Nama-nama dikemukakan oleh pertubuhan bukan kerajaan serantau dan antarabangsa yang bekerja untuk kebebasan akhbar, serta oleh negara-negara anggota UNESCO.

Akhbar juga perlu memastikan bahawa semua penerbitan berita tidak mengubah apa-apa fakta yang membabitkan keharmonian kaum, kekacauan dalam masyarakat dan sebagainya yang boleh menimbulkan perasaan prejudis atau menggugat kestabilan keselamatan Negara. Ini boleh dilihat dalam subsekyen 6(1) Akya Percetakan dan Penerbitan.

Media massa hendaklah sentiasa menentukan bahawa sebarang berita hendaklah objektif, seimbang dan membina untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang kemusykilan di kalangan rakyat. Sebagai contoh, surat khabar boleh memimpinkan masyarakat secara senyap dan berkesan. Kerajaan yang memerintah sering menggunakan arahan dan perintah menyebabkan rakyat tertekan dan cepat bosan. Kebosanan masyarakat sering dikaitkan dengan pemerintahan yang kuku besi menidakkan pemikiran, luahan dan kritikan mereka. Rakyat tidak diberikan mengeluarkan pendapat yang bertentangan dengan dasar kerajaan. Kerajaan menidakkan kebolehan rakyat memberi kritikan yang membina seolah-olah mengugat kewibawaan pentadbiran kerajaan.

Media massa masih tidak dapat menunaikan tanggungjawab sosial mereka sebagai media dalam menyuarakan rintihan rakyat tertindas. Golongan wartawannya pula masih lagi kurang menitikberatkan etika kewartawanan dalam menjalankan tugas memberikan laporan yang seimbang dan tidak berat sebelah. Contoh yang paling jelas ialah kisah demonstrasi bantahan awam yang menyuarakan jeritan dan rintihan rakyat tentang kenaikan harga minyak baru-baru ini tidak pun dipaparkan di media-media utama ini. Apa yang dipaparkan hanyalah suara-suara memuji dan mengampu tindakan kerajaan menaikkan harga minyak oleh sebilangan kecil rakyat yang tiada pendirian. Kawalan media yang bercorak politik menidakkan hak orang ramai untuk mendapatkan julat pandangan yang penuh. Kawalan ini ‘merompak’ peluang orang ramai untuk membuat sesuatu keputusan yang baik dan oleh itu masyarakatlah yang akan menanggung rugi.

Media yang berperanan kepada kerajaan ini juga menyebabkan pihak pemerintah terus mempergunakan media untuk kepentingan sendiri dengan menyebarkan ideologi dan propaganda untuk mempengaruhi masyarakat supaya terus mempercayai dan menyokong mereka. Selain itu, pihak kerajaan juga memperalatkan media arus perdana untuk tujuan hegemoni untuk memperkukuhkan penguasaan dan pendominasian politik ke atas masyarakat. media berkecenderungan untuk memapar dan mempromosi agenda elit politik dan golongan kaya manakala keprihatinan masyarakat madani yang berautonomi, yang miskin dan terpinggir. Dalam kempen pilihanraya, parti pemerintah memperalatkan dan memonopolikan media dengan memberi penekanan terhadap ketidakstabilan politik dan ekonomi, dengan mencetuskan ketakutan etnik, dengan memburuk-burukkan parti pembangkang, dan dengan memutarbelitkan pandangan mereka. Di sebalik semua ini, pastinya kesannya adalah kepada masyarakat dimana masyarakat terus terpinggir, tertindas dan dieksploitasi untuk kepentingan pihak yang berkuasa.

Rakyat yang terdedah dengan ICT akan menolak pendirian kerajaan yang menidakkan kepentingan mereka, kerana janji-janji ketika kempen pilihan raya perlu dikotakan tetapi bukan dimungkiri. Kaedah mendidik dan memimpin rakyat perlu ada batas-batas tertentu mengikut saluran logik akal.Penerimaan akal rakyat banyak bergantung pada pendidikan yang diperolehi oleh mereka. Rakyat di sekitar tahun 1990-2002 dan seterusnya lebih pintar dan cekap dalam segala hal kerana didedahkan dengan ICT. Berita dan maklumat seluruh jagat raya cuma dihujung jari dapat diperolehi walaupun di mana-mana seseorang berada.

Menerusi Email mereka boleh memberi pendapat dan berhujah mengutuskannya seluruh pelusuk dunia dengan menekan kekunci komputer. Justeru, apakah maklumat dan segala-galanya perlu sekatan yang mana boleh mengalir terus melalui internet? Kebebasan akhbar sebenarnya sudah menyeluruh tetapi bukan bentuk percetakan tapi dalam bentuk maya (cyber). akhbar maya ataupun vitual newspaper ataupun sudah meluas penyebarannya tanpa dapat dibendung.

Pengguna boleh melayari pelbagai laman web akhbar tempatan dan antarabangsa tanpa halangan dan gangguan. Sama ada berita tersebut sahih dan tepat bergantung pada kredibiliti penerimanya mengikut kefahaman dan pendidikan mereka. Pendidikan yang mencukupi menyebabkan seseorang lebih dewasa memahami segala-galanya walaupun dalam usia masih mentah. Namun, segalanya adalah untuk memperolehi maklumat tanpa batasan dan halangan. Maklumat penyebaran melalui internet yang secara totalnya tanpa tapisan sehingga laman web negatif mudah dilayari.

Alasan logik akal kebebasan akhbar perlu di tanah air ini adalah memberi peluang rakyat mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku di belakang tabir pemerintahan kerajaan. Pemerintahan kerajaan adalah atas usaha rakyat yang memilih pemimpin melalui pilihan raya. Dalam pilihan raya menentukan corak pemimpinan sesebuah kerajaan. Sesebuah kerajaan yang stabil pemerintahannya memiliki organisasi persuratkhabaran yang bebas sifat penyiarannya.

Kebebasan akhbar bertujuan memberi manfaat kepada rakyat sebagai wadah penyaluran maklumat. Rakyat pula memerlu dan menginginkan maklumat tepat yang mana tidak menyongsangkan pemikiran mereka dengan maklumat dan propaganda yang diada-adakan untuk kepentingan politik. Rakyat memerlukan penerangan yang memihak kepada kepentingan mereka. Akhbar perlu melapor dan mengenengahkan permasalahan dan pemikiran rakyat untuk mendapat pembelaan kerajaan dan badan-badan NGO. Sekatan terhadap media massa, sebagai memperlihatkan pentadbiran kerajaan tidak telus dan seolah-olah penyembunyikan sesuatu ke pengetahuan rakyat.

Menurut Pesuruhjaya Suhakam Datuk Prof. Hamdan Adnan, sekatan terhadap media sebenarnya merugikan negara sendiri kerana rakyat tidak mendapat maklumat yang sepatutnya dan ini boleh menyebabkan negara menghadapi kurang daya ketahanan dalam menghadapi arus globalisasi. Buat masa ini ada kira-kira 50 undang-undang yang membataskan komunikasi dan media. Dan lebih menyedihkan ialah adanya undang-undang yang memgerikan kuasa kepada menteri untuk menutup akhbar tanpa sebarang alasan serta tidak perlu ke mahkamah. Pada 3 Mei 1993 diisytiharkan sebagai Hari Kebebasan Akhbar Sedunia di Perhimpunan Agung PBB pada 1993 setelah dicadangkan oleh PBB bagi Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (Unesco) melalui resolusi berkaitan dengan “Penggalakan Kebebasan Akhbar di Dunia”.

Berikut adalah resolusi perhimpunan Agung PBB sebagai ;a. menggalakan dan membina usaha bagi menyokong kebebasan akhbar. b. menilai kebebasan akhbar di seluruh dunia. c. mengingatkan kerajaan masing-masing agar menunjukkan iltizam untuk menghormati kebebasan akhbar. d. menyedarkan orang ramai betapa pentingnya akhbar itu bebas. e. mengingatkan petugas-petugas media dan menggalakkan debat di kalangan mereka betapa pentingnya kebebasan akhbar dan etika kewartawanan f. mengenang jasa wartawan yang terkorban di seluruh dunia. g. menyatakan sokongan kepada media dan petugas media yang menjadi mangsa tindakan-tindakan menghalang, atau usaha menghapuskan, kebebasan akhbar.

Apapun yang berlaku di negara luar tidak akan berlaku di negara ini. Akhbar tanahair masih dibelenggu dengan beberapa Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984. Dengan hal yang demikian, badan bertindak penulis bagi kebebasan media (WAMI), Jawatankuasa Menentang Pengambilalihan Nanyang oleh MCA (CAT) dan Pusat untuk Kewartawanan Bebas (CIJ) telah menghantar tujuh muka surat memorandum sempena Hari Kebebasan Media Sedunia kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

Antara maksud dalam memorandum tersebut iaitu pertubuhan wartawan itu turut membantah kengganan kementerian penerangan untuk memberi kad akreditasi kepada wartawan yang bekerja dengan media Internet kerana menganggap mereka bukan sebahagian daripada media tradisional. Ekoran itu, wartawan daripada golongan media alternatif beranggap mereka telah diberi layanan yang tidak sepatutnya sehingga dipandang hina oleh masyarakat wartawan arus perdana dalam hubung sosial mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on December 9, 2012 by in Journalism Essay.
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: