EKSPRESI11

Blog Kewartawanan

Menteri Kementerian Pengajian Tinggi Rasmi Bangunan Baru UUM

Disediakan oleh: Neoh Shi Ling (shilingneoh@gmail.com)

MMTC – Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menyambut kedatangan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB. Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin untuk melancarkan perasmian bangunan baru akademik dan majlis sambutan Aidilfitri.

                Bangunan baru ini terdiri daripada tiga blok akademik iaitu Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS), Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) dan Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML). Bangunan ini merupakan salah satu projek di bawah Rancangan Malaysia ke-9 dan telah menelan kos pembinaan sebanyak RM95.4 juta.

             Menurut Mohamed Khaled, dengan adanya bangunan baru ini, mutu dan kualiti pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan dapat diperkukuhkan. Di samping itu juga dapat melahirkan modal insan yang berkualiti dalam bidang-bidang yang diperlukan oleh negara.

     Beliau juga menekankan tentang kepentingan pendidikan keusahawanan. Pendidikan keusahawanan dalam universiti dapat bergerak dengan pantas dan berkesan sekiranya Naib Canselor dan pengurusan tertinggi universiti sendiri memberikan perhatian yang khusus, ujar beliau.

           Kementerian berharap Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (CEDi) UUM dapat terus memberikan fokus kepada kekuatannya. Hal ini kerana ia dapat memanfaatkan pelajar dengan pengukuhan nilai dan elemen keusahawanan.

     Beliau juga menyaran sudah tiba masanya UUM untuk membuktikan kekuatannya dalam bidang perniagaan dan perakaunan. Beliau percaya UUM akan menjadi pilihan utama bagi pelajar antarabangsa jika UUM dapat memperkukuhkan lagi kedudukan Business School dan mendapat akreditasi badan antarabangsa, iaitu Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB). 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on September 27, 2012 by in UUM News.
%d bloggers like this: