EKSPRESI11

Blog Kewartawanan

Konsert DiRaja Menjunjung Kasih 2012 membina legasi dalam pembangunan muzik tanah air

Oleh Chew Chee Yan

Dewan Mu’adzam Shah – Konsert DiRaja Menjunjung Kasih 2012 iringan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) yang berlangsung pada 15 September diserikan dengan keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah di Dewan Mu’adzam Shah, Universiti Utara Malaysia (UUM).

          Konsert ini diadakan sebagai satu kelangsungan kepada siri persembahan Konsert DiRaja yang pernah diadakan sebelum ini bersempena dengan Hari Pengasasan Universiti yang ke 28 pada 16 Februari yang lalu. Konsert pada kali ini juga telah menyaksikan kolaborasi seni antara UUM dengan Istana Budaya.

      OTM di bawah bimbingan konduktor, Mohd Yazid Zakaria, yang beridentitikan masyarakat majmuk di Malaysia mengekalkan fungsi dan identiti muzik asli dan warisan budaya pelbagai kaum menerusi penyatuan ciri-ciri keaslian muzik warisan dalam satu gabungan yang penuh dengan nilai estetika dan keasliannya.

              Melalui OTM ini juga, identiti orkestra tradisional rakyat Malaysia yang tersendiri dapat ditonjolkan serta membina legasi dalam pembangunan muzik tanahair, setanding dengan orkestra simfoni barat.

         Usaha ini menyokong idea Gagasan 1Malaysia, iaitu menyemarakkan keharmonian kaum melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan. OTM menggabungkan ahli muzik tradisional profesional dari pelbagai kaum. Gabungan ini memaparkan dan mengungkapkan perpaduan dan semangat setiakawan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

              Konsert yang mendapat sambutan luar biasa dari penonton turut dijayakan oleh penyanyi terkemuka tanahair, Anuar Zain yang menghiburkan peminatnya dengan enam buah lagu termasuk lagu hits Sedetik Lebih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on September 27, 2012 by in UUM News.
%d bloggers like this: