EKSPRESI11

Blog Kewartawanan

Menteri Pengajian Tinggi Merasmikan Bangunan Akademik Baru UUM

oleh Ooi Huey Ying

SMMTC: Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Seri Mohamd Khaled Nordin merasmikan bangunan akademik baru UUM dalam Majlis sambutan Aidilfitri pada hari 11 September 2012.

                      Mohamad Khaled berkata, faktor pembangunan fizikal adalah penting dalam menyumbang kepada ekosistem kampus yang kondusif dan mempengaruhi suasana pembelajaran serta pengajaran para pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan.

          “Dengan tersergamnya,bangunan tiga blok akademik baru ini, UUM dapat memperkukuhkan mutu dan kualiti pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan bagi 10 program akademik  sarjana muda, 13 program sarjana, dua program doktor falsafah”, ujar beliau.

                 Modal insan yang dihasilkan melalui ketiga-tiga pusat pengajian ini berupaya menyumbang secara khusus dalam kluster-kluster NKEA seperti perkhidmatan kewangan, perkhidmatan perniagaan, pelancongan, pemborangan dan peruncitan, pendidikan serta teknologi maklumat dan komunikasi, tambah beliau semasa menyepurnakan majlis perasmian di perkarangan SMMTC.

                    Beliau yakin bahawa keenam-enam kluster ini dijangka menawarkan peluang pekerjaan sebanyak 840.865 tempat menjelang tahun 2020.

                       Turut hadir memeriahkan majlis ini ialah Naib Canselor UUM, Prof Datuk Mohamed Mustafa Ishak, Ketua Pengarah Kementerian Tinggi, Datuk Prof Dr Rujhan Mustafa, Pro- Canselor UUM, Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU) dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on September 27, 2012 by in UUM News.
%d bloggers like this: