EKSPRESI11

Blog Kewartawanan

MISI MENGEKALKAN KEJUARAAN

DPP  YAB Yakin Meneruskan Kemenangan

oleh : Muhammad Afham Ramli

SINTOK :  Latihan yang sempurna amat penting bagi mengekalkan momentum kejuaraan Dewan Penginapan Pelajar Yayasan Al-Bukhary (DPP YAB)  selaku status penyandang juara edisi kali ini. Kelainan yang dicipta bagi saingan liga kali ini agak berlainan dan mentaliti serta kekuatan stamina memainkan peranan penting dalam membentuk sebuah skuad yang berpengaruh dan berdisiplin. Liga yang dianggap mempunyai corak ‘Liga Super’ ini berlangsung selama dua semester bermula pada 24 September 2012 ini.Beberapa perlawanan persahabatan telah diatur bagi meningkatkan daya mutu permainan. Antaranya adalah DPP TM dan DPP MUAMALAT yang diwakili oleh Sukarelawan Siswa (SUKSIS). Motivasi amat penting bagi membentuk sebuah pasukan yang handal disamping membentuk semangat kesukanan dan disiplin. Status juara yang pernah dijulang YAB sebelum ini menjadi pemangkin kepada para pemain baharu untuk membuktikan kemampuan di atas padang.

Disamping itu, latihan keras juga turut menjadi rutin para pemain bagi membentuk skuad yang bukan hanya mantap dari taktikalnya, malahan staminanya. Hal ini amat penting kerana para pemain perlu menyesuaikan diri diatas padang selama tempoh satu jam untuk masa penuh. Menurut kapten pasukan iaitu Abdul Hafiz Bin Abdul Halim, komitmen para pemain amat penting bagi meningkatkan persefahaman para pemain apabila berdepan dengan lawan kelak. Latihan yang ditetapkan ini merupakan salah satu bentuk pembangunan yang akan meningkatkan kecergasan terutama kepada golongan pelajar.

Komitmen serta persefahaman menjadi nadi utama skuad Hitam Kuning ini kerana rata-rata pemain adalah dari semester ketiga. Seramai enam orang pemain baharu dipilih bagi menggantikan pemain yang telah tamat pembelajaran.

Suasana latihan yang kondusif menjadi punca didalam menggalakkan para pemain untuk membentuk sahsiah diri, kesihatan serta tingkah laku yang baik sebagai golongan generasi Y ini.

Menurut penyokong setia Hitam Kuning, Muhamad Yuszaimy berkata “semangat untuk melihat persembahan para pemain menjadikannya sentiasa teruja. YAB sentiasa dianggap pilihan kerana melahirkan beberapa pemain yang berpotensi menjadi pemain UUM,” ujarnya.

 

YAB berjersi biru berusaha menahan asakan MUAMALAT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on September 27, 2012 by in UUM News.
%d bloggers like this: