EKSPRESI11

Blog Kewartawanan

PBS anjur Bengkel Rakaman Video

0leh : Asrizal Aris                     

SINTOK : Pusat Budaya dan Seni (PBS) Universiti Utara Malaysia (UUM) menganjurkan Bengkel Rakaman Video pada 14 September yang lalu bertempat di Dewan Budi Siswa, Kompleks Budaya Hashim Yasin , UUM.

           Antara tujuan bengkel tersebut adalah untuk melahirkan staf yang lebih berkredibiliti tinggi dalam pengendalian kamera video di UUM. Rakaman adalah satu aspek yang penting dalam menjamin kualiti sesuatu dokumentasi disamping melancarkan perjalanan majlis tersebut.

        Bengkel ini dikendalikan sepenuhnya oleh Penerbit Rancangan Uniutama Film Centre, Mohd Jamal Mat Hussain yang berpengalaman luas dalam bidang itu. Antara topik yang dibentang adalah pengenalan system Multiple Camera Production (MCP) dan pencahayaan, cara pengendalian yang betul dan latihan secara praktikal.

          Menurut Nurul Hafizah Ahmad Udin, salah seorang peserta kursus, penganjuran bengkel seperti ini dapat memberikan ilmu yang berguna dan melahirkan staf yang berkebolehan dalam semua bidang terutamanya dalam bidang pengurusan rakaman video.

         “Selain itu, bengkel ini juga memberikan garis panduan yang boleh diterima untuk diamalkan dan menjadikan peserta benar-benar berwibawa dan berpengetahuan di dalam bidang kerjaya” ujar beliau.

            Sementara itu, Pengarah PBS Huzaidy Haji Hussain, turut mengakui bengkel seperti ini adalah salah satu usaha yang mesti disokong dan juga platform terbaik untuk peserta mendalami ilmu rakaman video.

             Justeru, bengkel ini adalah nilai tambah kepada staf dalam meningkatkan kemahiran, berpersonaliti unggul, kreatif, cekap dan komited dalam melaksanakan tugas mereka.

Aktiviti rakaman video sedang dijalankan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on September 27, 2012 by in UUM News.
%d bloggers like this: