EKSPRESI11

Blog Kewartawanan

Pro-Aspirasi UUM Kuasai 34 Kerusi

oleh: Mohd Fikri Mohd Razali                                 

SINTOK: Satu Pilihan Raya Kampus UUM (PRK) telah diadakan pada 25 September bagi sesi tahun 2012/2013.

        PRK UUM yang telah menyaksikan Kumpulan Pro-Aspiarasi menguasai 34 kerusi yang membabitkan tujuh kerusi umum, lima kerusi pusat pengajian dan 22 kerusi pusat pengajian yang menang tanpa bertanding bagi sesi tahun 2012/2013 ini.

          Proses membuang undi bagi PRK UUM bermula dari jam 9 pagi hingga 1 tengahari membolehkan lebih 14,000 pelajar yang layak membuang undi mula membanjiri 14 Dewan Penginapan Pelajar (DPP) bagi menunaikan tanggungjawab mereka. Pada tahun ini, sebanyak 36 kerusi dipertandingkan membabitkan lapan kerusi umum dan 28 kerusi pusat pengajian.

        Menurut Dr Rizal bin Mazlan pengetua dari DPP Yayasan Al Bukhary (YAB), peratus yang turun mengundi sejak bermula proses membuang undi sehingga pukul 12.30 tengah hari telah mencatat 53 peratus daripada jumlah keseluruhan yang layak untuk mengundi.

       Dr Rizal amat kesal dengan penglibatan yang diberikan oleh warga DPP YAB kerana masih ada yang tidak mempunyai semangat untuk mengundi dan tanggungjawab sebagai mahasiswa. Beliau juga mengharapkan pada sesi yang akan datang supaya semua warga UUM khususnya DPP YAB untuk memberi komitmen yang positif terhadap PRK ini.

           Bagaimanapun, ketika keputusan diumumkan oleh Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak pada jam 2.30 petang menyaksikan kemenangan tujuh daripada lapan kerusi umum yang dipertandingkan oleh Kumpulan Pro-Aspirasi. Beliau berkata, lima kerusi daripada enam kerusi pusat pengajian yang dipertandingkan telah dimenangi oleh Kumpulan Pro-Aspirasi dan satu kerusi dimenangi oleh Kumpulan Bebas.

          Kebanyakan calon yang bertanding dalam PRK kali ini telah menggunakan saluaran media sosial iaitu facebook dan tweeter untuk berkempen kerana kebanyakan pelajar menggunakan media sosial seperti ini untuk mendapatkan sebarang maklumat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on September 27, 2012 by in UUM News.
%d bloggers like this: