EKSPRESI11

Blog Kewartawanan

Program Perintis kepimpinan DPP BSN

oleh: Thereness Voo

Wajah-wajah gembira pelajar baru DPP BSN

Program perintis kepimpinan anjuran sulung mahasiswa berbangsa cina Dewan Penginapan Pelajar BSN telah berlangsung pada 25 September 2012, di dewan tertutup DPP BSN sendiri. Program Perintis Kepimpinan dikhaskan kepada pelajar baru berbangsa cina DPP BSN.

          Menurut Low Eng Soon Pengarah projek program tersebut membawa konsep BE Together BE A Leader untuk menarik minat pelajar baru berbangsa cina tahun 1 dan 2 agar mereka melibatkan diri dalam hal ehwal  kepimpinan DPP BSN.

         Hal ini adalah kerana sejumlah besar penghuni dpp bsn terdiri daripada kaum bumiputera, iaitu sebanyak 80%, manakala bangsa cina pula hanya merangkumi 17% , 2% pula adalah berbangsa hindu dan selebihnya adalah berbangsa lain-lain.

        Disebabkan jumlah pelajar cina adalah sedikit, penyertaan pelajar baru bangsa cina dikatakan tidak begitu menggalakkan bukan hanya dalam penyertaan aktiviti dpp malahan juga dalam kepimpinan dpp bsn.

      Program perintis kepimpinan telah diadakan dengan pendekatan yang berbeza iaitu dengan bermain empat permainan berpasukan, iaitu Don’t let go, BSN Madagascar, BSN bridge dan BSN boat.

          Konsep yang dibawa oleh Low, be together, be a leader merupakan satu pelawaan kepada pelajar baru untuk berani menjadi sebahagian daripada barisan kepimpinan dpp bsn. Low mengatakan bahawa sememangnya bukan senang untuk memimpin pelajar yang kebanyakannya terdiri daripada kaum bumiputera, ada kalanya disebabkan tugasan dan juga tanggungjawab kepimpinan, masa berseronok dengan teman sekaum akan dikorbankan. Ini adalah kenyataan, tapi ia harus diubah.

        Menurut Low, meskipun masa untuk berseronok akan berkurangan, namun ikatan yang terjalin sesama teman tidak akan putus. “ Pelajar cina DPP BSN harus bangkit dan tunjukkan kewibawaan serta kebolehan mereka dalam bidang kepimpinan, jangan jadikan isu kaum sebagai penghalang untuk memimpin,” ujar Low lagi.

          Ada kalanya kita harus bangkit menjadi pemimpin bukan sahaja untuk diri kita sendiri namun juga untuk teman-teman kita. Sekiranya tiada pelajar cina dalam barisan kepimpinan, siapa yang akan jaga kebajikan pelajar-pelajar cina?, tegas beliau.

Pelajar baru sedang bermain permainan, Don’t Let Go

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on September 27, 2012 by in UUM News.
%d bloggers like this: