EKSPRESI11

Blog Kewartawanan

Dialog Pengurusan Kewangan Mahasiswa Dianjurkan

oleh Chew Jing Yi

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan kerjasama UUM telah menganjurkan dialog berkaitan dengan bayaran balik PTPTN dan pengurusan kewangan mahasiswa pada 21 September 2012 di Dewan Tan Sri Othman.

            Penceramah AKPK Tan Chee Hong memberi taklimat tentang cara pengurusan kewangan berhemah. Menurut Tan Chee Hong, AKPK yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2006 bertujuan untuk membangunkan Program Kemampuan Kewangan dalam kalangan remaja dan peminjam kali pertama dengan pengurusan hutang dan kewangan.

        Sesi taklimat juga ditayangkan video untuk berkongsi pengalaman dan memberi kesedaran kepada mahasiswa tentang kepentingan pengurusan kewangan.

Buku yang diberi secara percuma oleh AKPK dan risalah PTPTN kepada mahasiswa

             Buku ‘Power! Pengurusan Wang Ringgit Anda’ yang diterbitkan oleh AKPK telah diberi kepada mahasiswa secara percuma dimana boleh menjadi panduan untuk mempelajari ilmu mengurus hutang secara berhemat.

        Pegawai PTPTN Che Anishah Binti Aziz pula menjelaskan tentang polisi dan prosedur bayaran balik pinjaman atau pembiayaan PTPTN.

              Menurut Che Anishah Binti Aziz, pembayaran balik pinjaman atau pembiayaan adalah bermula enam bulan selepas tamat pinjaman atau pembiayaan.

             Namun sesiapa yang masih ingkar membuat bayaran balik atau memberi maklum balas selepas penghantaran notis tuntutan (Letter of Demand-LOD) akan dikenakan tindakan penguatkuasaan senarai hitam.

                Kesan tindakan ini adalah peminjam dihalang daripada memohon atau memperbaharui passport dan dilarang untuk keluar negara.

            Mahasiswa yang turut serta dalam sesi dialog ini dapat mengubah sikap mahasiswa agar lebih berhemah dalam pengurusan kewangan.  Di samping itu, mereka juga akan menjadi lebih bertanggungjawab untuk membuat bayaran pinjaman PTPTN.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on September 27, 2012 by in UUM News.
%d bloggers like this: