EKSPRESI11

Blog Kewartawanan

Taklimat Dialog Bayaran Balik PTPTN dan Pengurusan Kewangan

Sintok: Kebanyakkan pelajar semester kelima telah menghadiri ke Taklimat Diolog Bayaran Balik PTPTN dan Pengurusan Kewangan yang diadakan pada 21 September 2012, hari Jumaat di Dewan TSO .Taklimat ini bermula pada pukul 8 pagi.

              Penceramah utama bagi taklimat ini adalah En.Tan Chee Hong.Beliau mengucap terima kasih kepada semua pelajar yang menghadiri dan berasa gembira kerana dapat berkongsi cara-cara mengurus wang bersama pelajar-pelajar UUM.

     Taklimat ini bermula dengan memberi  pengenalan tentang penubuhan “Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit”(AKPK).Beliau juga menceritakan misi, objektif dan fungsi-fungsi AKPK.Ia juga membantu melengkapkan orang dewasa muda dan peminjam kali pertama dengan kemahiran penting dalam pengurusan wang dan hutang mereka.

       Seterusnya beliau menjelaskan tentang pengurusan aliran tunai.Ia adalah proses memantau, menganalisis serta menyelaraskan aliran tunai peribadi masing-masing.Aliran tunai mengandungi 2 komponen utama, iaitu pendapatan (aliran masuk) dan perbelanjaan (aliran keluar).

           Selain itu, beliau menerangkan tentang asas meminjam, iaitu cara-cara meminjam, tujuan meminjam dan peraturan meminjam. Beliau juga., mengatakan  tentang penggunaan kad kredit secara bijak.Ada pelajar-pelajar juga bertanya soalan tentang PTPTN kepada penceramah tersebut.

        Akhirnya, beliau memberitahu cara menguruskan hutang PTPTN secara bijak dan juga beberapa tanda masalah kewangan.Melalui taklimat ini, pelajar-pelajar dapat mengetahui cara-cara membayar balik hutang PTPTN mereka dengan cekap tanpa sebarang masalah. Taklimat ini tamat pada pukul 12.30 tengah hari.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on September 27, 2012 by in UUM News.
%d bloggers like this: