EKSPRESI11

Blog Kewartawanan

Atasi tiga kelemahan mahasiswa

Mahasiswa sukar menembusi pasaran kerja disebabkan oleh kurang kemahiran komunikasi, penguasaan Bahasa Inggeris lemah dan tiada keyakinan diri.

>>Oleh Chong Hwee Ting 204518

SINTOK:  Program “ Graduate Character Building” (GCB6) anjuran Pusat Kaunseling telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Amy Azhar Hj Mohd. Hanif, Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM di Dewan Muadzam Shah Universiti Utara Malaysia pada 24 september 2012.

  GCB mengandungi enam modul dan juga mendapatkan penyertaan pelajar UUM yang ramai. Pelaksanaan program ini bertujuan untuk mempertingkatkan kesedaran pelajar dalam pentingnya untuk menguasai kemahiran berkomunikasi, Bahasa Inggeris dan keyakinan sendiri selepas tamat pengajian.

   “Mahasiswa kini tidak cukup keyakinan, kurang fasih dalam penguasaan Bahasa Inggeris dan kurang berkomunikasi dengan efektif” ujar Dr. Mohd Amy. Masalah ini biasa berlaku kepada majoriti mahasiswa sehingga meninbulkan masalah mencari kerja selepas tamat pengajian.

   Dr. Mohd Amy juga berkata, mereka yang berjaya bukan sahaja bergantung kepada keputusan akademik yang cemerlang dengan membuat  tugasan dan masuk kuliah tetapi kemahiran dan sosial lain juga amat diperlukan.

   “Kami mahu mengubah sikap pelajar menjadi lebih cemerlang dalam pelbagai bidang supaya berdaya saing dan menjadi permintaan yang tinggi semasa keluar dari UUM”, tambah beliau.

    Negara kita amat  memerlukan mahasiswa yang berpotensi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berdaya saing pada masa hadapan.

     Mahasiswa yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi amat diperlukan untuk mengurangkan masalah pengangguran di Malaysia agar tahap ekonomi negara kita dapat dipertingkatkan.

  Jalinan antarabangsa dapat juga dipertingkatkan dengan berusaha mahasiswa yang berpotensi. Ini memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam pasaran antarabangsa. Wawasan 2020 juga akan dicapai dengan sumbangan masyarakat yang berpengetahuan dan berkemahiran supaya meningkatkan taraf hidup kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on September 27, 2012 by in UUM News.
%d bloggers like this: