EKSPRESI11

Blog Kewartawanan

Warga UUM Meriahkan Sambutan Aidil Fitri

oleh: nurulwahida      

SINTOK, 11 SEPTEMBER: Universiti Utara Malaysia(UUM) telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat universiti, di perkarangan SMMTC, UUM. Lebih dua ribu orang  mahasiswa dan staf UUM hadir bagi memeriahkan majlis sambutan hari raya hari ini.

          Sambutan Majlis Hari Raya yang merupakan program tahunan UUM ini bertujuan bagi meraikan para staf dan mahasiswa UUM. Semasa di temui, Pengerusi Jawatan Kuasa Majlis Hari Raya Encik Mohd Zaini bin Nasri, yang juga merupakan timbalan ketua pendaftar berkata, “ majlis kali ini lebih meriah jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Perubahan lokasi  program yang dulunya seringkali diakukan  di perkarangan Perpustakaan Sultanah Bahiyah  kepada perkarangan bangunan baru SMMTC, juga menjadi  salah satu tarikan dan perbezaan dalam sambutan pada kali ini,”.

         “Dalam sambutan kali ini kemeriahan lebih terasa dengan kerjasama dan sokongan padu dari semua jabatan yang turut serta dalam memeriahkan majlis dengan  bersama terlibat dalam aktiviti membuka gerai makanan. Malah gerai yang dibuka pada tahun ini meningkat dari tahun-tahun sebelumnya”kata nya lagi.

              Tambah beliau  “ dalam sambutan  pada tahun ini lebih dua puluh buah gerai telah dibuka dengan  menyediakan  pelbagai menu  yang berbeza mengikut  jabatan. Hal ini dengan secara tidak langsung  akan menarik perhatian dan minat para pengunjung yang terdiri daripada staf dan mahasiswa untuk hadir lebih ramai”.

      Sambung beliau lagi “jika di lihat dari segi sambutan kehadiran, sambutan yang di  berikan sememangnya memberangsangkan, dan jumlah pengunjung  juga meningkat  dan di luar  jangkaan para penganjur”. Semasa sesi temu bual ini , beliau berkata “segala perbelanjaan majlis tertakluk kepada setiap jabatan, pusat pengajian dan persatuan yang terlibat pada hari ini”.

                 Sambutan Majlis Hari Raya Aidil Fitri pada kali ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin, dan Timbalan Naib Canselor UUM, Prof.Dato’.dr. Mohamed  Mustafa Ishak yang turut hadir bagi memeriahkan  majlis ini.

               Sepanjang majlis ini berlangsung kelihatan ramai mahasiswa dan staf  bersama-sama memeriahkan suasana majlis hari ini. Selain itu kelihatan ramai juga pelajar bukan muslim yang hadir memberi sokongan dan memeriahkan majlis, di tambah lagi dengan kehadiran pelajar antrabangsa yang  bersama-sama di sepanjang program berlangsung. Dengan secara tidak langsung majlis ini telah menjadi medan perpaduan dalam kalangan mahasiswa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on September 27, 2012 by in UUM News.
%d bloggers like this: