EKSPRESI11

Blog Kewartawanan

Majlis Khatam Al-Quran Disambut Meriah

 oleh:Mohd Saharuddin Norhisam

Mohamad Firdaus Bin Mohamad pengerusi Majlis Khatam Al-Quran.

Majlis ini diadakan di Masjid Sultan Badlishah, UUM bagi menghimpunkan semua pelajar Universiti Utara Malaysia terutamanya kepada pelajar semester 3 yang telah khatam Al-Quran dalam suasana yang ceria, harmoni dan meriah ke arah meningkatkan minat dan kecintaan kepada kitab suci Al-Quranul Karim serta mengembalikan tradisi budaya Masyarakat Melayu Islam.

Sesi pendaftaran bagi Majlis Khatam Al-Quran bermula pada pukul 8.00 malam dan majlis penutup pada pukul 11.00 malam. Program ini dimulakan dengan ucapan Mohd Firdaus Bin Mohamad selaku pengerusi Majlis Khatam Al-Quran  bagi menyempurnakan program yang dijalankan dibawah penguatkuasaan Unit Kerohanian Hal Ehwal Pelajar serta dijemput Datuk Alim Panglima Mat Jahaya Hussin, Profesor Adjung UUM untuk merasmikan majlis tersebut.

Ucapan daripada Datuk Alim Panglima Mat jahaya Hussin, Profesor Adjung UUM

Majlis Khatam Al-Quran dijalankan oleh para pelajar yang terlibat seramai 536 orang bermula pukul 9.15 malam sehingga  pukul 10.15 malam serta diselangi dengan persembahan marhaban dari pelajar yang terlibat dalam persatuan pusat islam UUM .Datuk Alim Panglima Mat jahaya Hussin, Profesor Adjung UUM  menyampaikan sijil anugerah khatam al-quran kepada pelajar yang telah menyertai program tersebut dijalankan pada pukul 10.20 malam hingga pukul 10.40 dan disudahi dengan jamuan kepada para pelajar yang hadir pada malam itu sebelum bersurai pada pukul 11.00 malam.

Beliau turut menyatakan bahawa dahulunya majlis seumpama ini merupakan satu budaya di dalam kehidupan masyarakat melayu Islam di Nusantara. Namun di zaman mutakhirin ini, budaya ini kian lenyap dek arus zaman kemodenan, dimana masyarakat melayu islam sudah tidak lagi menghargai tuntutan islam dan tidak menjadikan pelajaran agama sebagai keutamaan dalam kehidupan keluarga terutamanya anak-anak generasi baru.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on September 28, 2012 by in UUM News.
%d bloggers like this: