EKSPRESI11

Blog Kewartawanan

Melahirkan Doktor Segera

oleh : Saufi Rahman

Sintok: Dewan Penginapan Pelajar Telekom Malaysia(DPP TM) Universiti Utara Malaysia(UUM) telah menganjurkan program Critical Night DPP TM baru-baru ini. Program tersebut bertujuan mendedahkan kepada pelajar terutamanya pelajar yang baru memasuki semester pertama tentang pertolongan cemas.

         Program ini dikendalikan oleh En. Mohamad bin Abdullah, pesuruhjaya ST John Ambulance negeri Perlis. Program ini dijalankan secara teori yang diberikan sendiri oleh Mohamad diikuti aktiviti praktikal pertolongan cemas.

      Mohamad menyentuh cara-cara melakukan CPR, balutan kecederaan tulang dan bantuan tercekik. Program kali kedua ini dihadiri oleh lebih 200 orang peserta iaitu pelajar baru dan juga lama.

          Menurut Pengarah Projek, Josaphine a/p Sawarnathan, program ini dijalankan pada awal semester kerana ianya sangat penting bagi mahasiswa menghadapi sebarang kemungkinan kemalangan yang berlaku di sekeliling kampus. Melalui program ini, mahasiswa akan terdidik untuk mengendalikan sebarang pertolongan cemas jika sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.

          Seorang peserta yang ditemui, Monica a/p Michael berkata, program ini bukan sahaja mampu meningkatkan pengetahuan peserta berkenaan dengan pertolongan cemas, tetapi mereka juga boleh berkongsi pengetahuan dengan pelajar pelbagai bangsa. “Program seperti ini dapat memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat terutamanya para pelajar mengenai,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on September 28, 2012 by in UUM News.
%d bloggers like this: