EKSPRESI11

Blog Kewartawanan

Minggu Suai Kenal Suatu Penanda Cabaran Baru

Oleh : Anusha Sandran

UUM – Minggu suai kenal mahasiswa-mahasiswi semester satu sesi 2012/2013 telah berlangsung bermula 3 September – 8 September di Universiti Utara Malaysia dengan lancar.

          Minggu suai kenal merupakan suatu kebiasaan yang diadakan di semua universiti tempatan bagi mahasiswa-mahasiswi yang baru berdaftar mengenal antara satu sama lain. Selain daripada mengeratkan hubungan antara mahasiswa-mahasiswi, minggu suai kenal juga membantu mereka untuk mendapat penerangan tentang peraturan-peraturan yang perlu diikuti di universiti ini.

Antara aktiviti- aktiviti yang berlangsung sepanjang minggu suai kenal ini adalah pendaftaran mahasiswa, taklimat untuk ibu bapa , taklimat tentang pinjaman PTPTN, HEP, Jabatan Keselamatan Universiti, Pusat Kesihatan Universiti dan lain-lain kemudahan yang disediakan oleh pihak universiti supaya pelajar dapat memanfaatkan diri dengan menggunakan kemudahan-kemudahan tersebut tanpa sebarang masalah.

Pada hari terakhir minggu tersebut, satu karnival sukan dan Malam Budaya dan Seni telah berlangsung untuk menanam sifat kekitaan dalam diri siswa-siswi yang baru menjejak kaki di universiti ini.

Pelbagai nilai baik boleh dipelajari oleh para siswa seperti tolong-menolong, bekerjasama dalam kumpulan, berdikari, menepati masa dan sebagainya yang perlu setiap mahasiswa ada untuk hidup dalam persekitaran kampus.

Menurut salah satu fasilitator yang juga merupakan mahasiswi UUM, Gayathiri Subramaniam, 22, seramai 4, 956 orang mahasiswa dan mahasiswi telah berdaftar untuk semester pertama sesi 2012/2013. Gayathiri juga berkata, “setiap pelajar yang mengikuti minggu orientasi tersebut telah diberi satu beg sekolah, kamus dwibahasa, tag leher dan makanan ringan sebagai cenderahati.”

 

“Setiap pelajar yang mengikuti minggu orientasi tersebut telah diberi satu beg sekolah, kamus dwibahasa, tag leher dan makanan ringan sebagai cenderahati.”

Gayathiri Subramaniam, fasilitator DPP YAB, sesi 2012/2013.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on September 28, 2012 by in UUM News.
%d bloggers like this: