EKSPRESI11

Blog Kewartawanan

Penyerahan KADS1M dan Perasmian Hari Organisasi Pelajar UUM

oleh: MUHD MUNZIR BIN MOHD ZIN

SINTOK 23 Sept :Majlis Penyerahan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia(KADS1M) berserta Perasmian Hari Organisasi Pelajar(HOPE DAY) telah berlangsung dan disempurnakan oleh Dato’ Mukhriz Tun Mahathir Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa (MITI).

Penyerahan KADS1M dengan kerjasama Bank Rakyat dan sokongan Kementerian Perdagangan dan Kepenggunaan(KPNKK) adalah untuk mengurangkan tekanan kos hidup pelajar berikutan kenaikan harga barangan semasa. Pemberian kad diskaun ini dapat membantu sejumlah 1.5 juta pelajar seluruh IPTA dan IPTS dalam Negara.

Mengulas lanjut, Dato’ Mukhriz menyatakan bahawa ini ialah inisiatif kerajaan untuk membantu pelajar terutama bagi mereka yang tidak berkemampuan dalam aspek kewangan meneruskan hidup sebagai mahasiswa. Faedah dari penyerahan kad diskaun ini pelajar akan menerima potongan harga sehingga 60% dari 231 syarikat seluruh negara yang terlibat dengan skim potongan diskaun ini.

Pelajar yang mempunyai kad diskaun ini hanya perlu menunjukan kad diskaun mereka semasa membuat pembayaran dan tempoh penggunaan kad diskaun ini sah selagi mereka dalam tempoh penggajian.

Pemberian kad diskaun ini juga adalah percuma yang dikeluarkan oleh Bank Rakyat. Pengeluaran kad diskaun ini dibiayai sepenuhnya oleh Bank Rakyat dan ini merupakan tanggungjawab sosial Bank Rakyat demi menyokong hasrat kerajaan dalam membantu golongan mahasiswa.

Selain itu, Dato’ Mukhriz turut menyokong penglibatan mahasiswa dalam aktiviti persatuan dan kelab kerana ianya dapat membangunkan sahsiah diri pelajar dan memberi gambaran awal kepada pelajar tentang kemahiran memimpin apabila mahasiswa berkerja kelak.

Menurut Naib Canselor UUM Prof Dato’ Dr Mohamed Mustafa Ishak, kewujudan hari organisasi pelajar atau HOPE DAY adalah bertujuan memberi pendedahan dari segi pengurusan organisasi kepada pelajar.

Beliau turut menyatakan bahawa penglibatan pelajar di universiti dalam kelab dan persatuan penting untuk mengasah kemahiran sosial pelajar dan melatih diri menguruskan organisasi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on September 28, 2012 by in UUM News.
%d bloggers like this: