EKSPRESI11

Blog Kewartawanan

Aidilfitri di DPP MISC

oleh: KALAICHELVI RAJAGOPAL

Sintok: Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan dengan meriahnya di Dewan Penginapan Pelajar (DPP) MISC pada 14 September 2012 yang telah dirasmikan oleh Pengetua DPP MISC, Dr. Mohd Mukhriz.

            Beliau berkata majlis ini diadakan bukan sahaja untuk pelajar beragama Islam tetapi juga untuk pelajar bukan Islam supaya hubungan silaturahim antara pelajar pelbagai kaum dapat dieratkan. Majlis ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penginap DPP lain.

            Tambah beliau, “Majlis-majlis seperti ini harus dilakukan untuk menghilangkan tekanan pelajaran dan merehatkan minda”.

                 Pelbagai persembahan yang menarik telah dijalankan. Antaranya ialah boria, dikir barat, tarian cina dan india, cabutan bertuah, dan banyak lagi. Persembahan ini telah dilakukan oleh pelajar-pelajar Semester 1 untuk memberi peluang kepada mereka untuk turut bersama menyertai aktiviti ini disamping  memberi pendedahan kepada mereka tentang aktiviti-aktiviti kampus.

               Selain itu, pelbagai jenis kuih-muih raya dan makanan dihidangkan untuk pengunjung. Makanan tradisi orang Melayu seperti ketupat dan lemang juga disediakan.

               Bagi memeriahkan lagi suasana hari raya, semua pengunjung telah diberikan sebuah cenderamata di dalam sebuah beg kecil yang mengandungi puding mangga dan gula-gula.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on October 2, 2012 by in UUM News.
%d bloggers like this: