EKSPRESI11

Blog Kewartawanan

I LOVE UUM: Roadtour 2012 Pengarah HEP Bersama Pimpinan Siswa

oleh: Siti Syafikah

Sintok, 20 September-  Bagi meningkatkan lagi hubungan antara Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) dan juga semua pimpinan mahasiswa/i Universiti Utara Malaysia, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Prof.Madya Dr. Amy Azhar Bin Hj. Mohd Harif telah meluangkan masa selama tiga hari menjengah ke setiap laluan Dewan Penginapan Pelajar (DPP).

              Roudtour yang dijalankan pada 20 September 2012 di Dewan Mawar mengumpulkan kesemua pimpinan siswa dari 4 buah dewan penginapan pelajar iaitu Yayasan Albukhary, Bank Muamalat,Bank Rakyat dan SME Bank. Roudtour tersebut merupakan gabungan antara dua laluan iaitu Laluan C dan Laluan D dapat merapatkan hubungan keempat-empat dewan penginapan pelajar.

               Program tersebut bukan sahaja meningkatkan lagi hubungan antara JHEP dan pimpinan DPP, malahan dapat berkongsi pendapat serta pandangan. Perkongsian ini amat penting bagi memastikan pembangunan mahasiswa secara holistik dapat dicapai khususnya pemimpin-pemimpin pelajar.

               Menurut Pengarah JHEP, Prof.Madya Dr. Amy Azhar Bin Hj. Mohd Harif,pembangunan secara holistic amat penting bagi memastikan selepas graduasi, mahasiswa Universiti Utara Malaysia mempunyai nilai tambah yang tinggi dari aspek akademik,sahsiah dan kemahiran insaniah. Beliau juga menyatakan bahawa, untuk memastikan wujudnya graduan tersebut, semua mahasiswa perlu bijak seimbangkan kehidupan seharian.

                  Program ini yang mengumpulkan semua pengetua dan penolong pengetua bagi empat buah dewan penginapan pelajar ini merupakan salah satu platform yang berkesan untuk memastikan kecemerlangan mahasiswa/i dicapai dengan melihat sejauh mana komitmen yang diberikan oleh semua warga sesebuah dewan penginapan pelajar.

              Di akhir program tersebut, empat orang mahasiswa/I semester 1 dari dewan penginapan pelajar Bank Rakyat mendapat sumbangan dari KB Northern Enterprise Sdn.Bhd.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on October 2, 2012 by in UUM News.
%d bloggers like this: