EKSPRESI11

Blog Kewartawanan

Muamalat Buru Piala SUKUUM

oleh: Taufik Amri Mohd Nor

SINTOK : Sebagai sebuah pasukan baru yang mewakili Dewan Penginapan Pelajar Muamalat, pasukan bola yang diwakili oleh Sukarelawan Siswa ( SUKSIS ) berazam untuk memburu kejuaraan  liga SUKUUM pada edisi kali ini. Sebanyak 15 pasukan dijangka akan bertanding pada edisi kali ini. Tujuan utama suksis mewakili Muamalat pada SUKUUM kali ini adalah sebagai persediaan untuk Sukan Suksis Zon Utara ( SUTRA ). Latihan yang sempurna amat penting bagi membentuk sebuah skuad yang berpengaruh dan berdisiplin dan dapat memberikan persaingan yang sihat pada kejuaraan edisi kali ini yang akan bermula pada 24 September 2012 ini.

Beberapa perlawanan persahabatan telah diatur bagi meningkatkan mutu permainan. Antaranya adalah DPP BANK RAKYAT dan DPP Yayasan Al-Bukhary. Motivasi amat penting bagi membina sebuah pasukan yang handal dari segi mentaliti disamping membentuk semangat kesukanan dan disiplin yang tinggi sesama ahli pasukan. Status juara Liga SUTRA yang pernah dijulang SUKSIS sebelum ini menjadi pembakar semangat kepada pasukan ini untuk memburu kejuaraan di tempat sendiri.

Menurut Amir salah seorang pemain pasukan Suksis “ kami akan bersungguh-sungguh dan membalas kepercayaan dari pihak DPP Muamalat kerana memberi kami peluang untuk beraksi di pentas arena bola sepak ini dibawah nama DPP Muamalat. Walaupun kami dari DPP YAB, kami akan menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kami, ”  ujarnya.

Disiplin yang tinggi menjadi nadi utama skuad POLIS SISWA ini kerana rata-rata pemain adalah dari SUKSIS. Suasana latihan yang kondusif menjadi punca didalam menggalakkan para pemain untuk membentuk sahsiah diri, kesihatan serta tingkah laku yang baik .

Disamping itu, SUKSIS membuat latihan keras bagi membina stamina telah menjadi rutin para pemain bagi membentuk skuad yang bukan hanya mantap dari mental malahan fizikal juga.Latihan sebegini amat penting bagi para pemain kerana perlu sentisa berstamina diatas padang lebih satu jam untuk bermain. Dengan adanya liga sebegini semua pelajar dapat mengenali satu sama lain dan dapat menghilangkan tekanan belajar disamping dapat membina sikap cintakan sukan tanah air. Setiap pemain perlu memberikan komitmen yang sepenuhnya bagi meningkatkan persefahaman antara ahli pasukan apabila berdepan dengan lawan kelak. Latihan yang ditetapkan ini merupakan salah satu bentuk pembangunan yang akan meningkatkan kecergasan terutama kepada golongan pelajar.

Liga ini juga dapat mengasah beberapa bakat baharu bagi mewakili Universiti Utara Malaysia     ( UUM ) dalam membentuk sebuah pasukan bola sepak yang mantap dan seterusnya akan mengharumkan nama UUM dalam kancah bola sepak IPT di masa akan datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on October 3, 2012 by in UUM News.
%d bloggers like this: