EKSPRESI11

Blog Kewartawanan

Universiti Utara Malaysia Mencipta Sejarah

Sintok : Tunku Panglima Besar yang juga Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Datuk Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah dimasyurkan sebagai Pro-Canselor Universiti Utara Malaysia ( UUM ) baharu dalam satu majlis konvokesyen khas ke – 25 yang diadakan pada 18 September 2012 lalu. Permasyuran ini telah mencipta sejarah tersendiri bagi UUM kerana buat pertama kalinya wanita menyandang jawatan Pro-Canselor.

     Majlis ini turut menyaksikan penganugerahan Ijazah Kehormat Falsafah (Pembangunan Hartanah Lestari) kepada tokoh korporat bidang hartanah, pengerusi eksekutif MK Land, Tan Sri Mustapha Kamal pula telah dianugerahkan  . Penganugerahan ini diberikan atas jasa Tan Sri Mustapha Kamal dalam bidang pembangunan hartanah di Malaysia. Majlis telah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Sultan.

             Dalam majlis tersebut Baginda Yang di-Pertuan Agong telah bertitah dengan meminta semua pihak memainkan peranan secara bersama dalam usaha menambahkan rakyat yang mempunyai tahap pendidikan sehinggan Phd. Baginda juga turut berharap semua rakyat tanpa mengira agama dan bangsa untuk menjaga kedaulatan Negara tanpa memikirkan kepentingan diri sendiri.

          Baginda juga turut mengingatkan rakyat mengenai pengorbanan yang telah dilakukan oleh pemimpin terdahulu dalam membangunkan Negara. Penguasaan bahasa kedua selain bahasa ibunda juga menjadi penekanan dalam titah baginda, dengan mengambil kira pemodenan yang berlaku dan keperluan penguasaan bahasa dalam memacukan ekonomi Negara.

         Dalam majlis yang sama dua orang telah dianugerahkan gelaran Profesor Emeritus, mereka ialah pakar bidang pelancongan Prof Datuk Dr Abdul Kadir Lebai Din dan pakar sejarah serta pengajian antarabangsa, Prof Dr Ranjit Singh a/l Darsan Singh – tamat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on October 3, 2012 by in UUM News.
%d bloggers like this: