EKSPRESI11

Blog Kewartawanan

UUM mampu melahirkan graduan holistik

Muhammad Farhan Fahmi b Ibrahim 204114

Farhanp28@gmail.com

Sintok: Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan Hari Organisasi Pelajar (Hope Day) bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar kemasukan baru bagi memilih badan-badan kelab dan persatuan yang disertainya. Program selama tiga hari ini telah berlangsung pada 22 sehingga 24 September 2012 yang bermula pada hari Sabtu hingga Isnin yang bertempat di perkarangan Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia.

            Pelancaran Hope Day yang telah berlangsung selama tiga ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar-pelajar kemasukan baru untuk memilih dan juga menyertai mana-mana kelab dan persatuan yang telah dianjurkan oleh pihak universiti.

            Program kelolaan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Utara Malaysia ini telah menghimpunkan pelbagai kelab dan persatuan dan sebanyak 48 buah kelab dan persatuan dari pelbagai jenis antaranya Persatuan Anak Negeri (ADHOC),  yang telah disertai oleh pelbagai negeri di seluruh semenanjung Malaysia, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), serta 46 buah kelab dan persatuan yang lain.

            Dalam Majlis Pelancaran Hope Day yang telah dirasmikan oleh pengarah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Utara Malaysia, Profesor Madya Dr. Amy Azhar bin Mohd Harif, beliau berkata “program ini mampu melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang seimbang daripada aspek intelek mahupun jasmani”. Katanya lagi, “dengan cara ini, pelajar dapat mengaktifkan diri dalam aktiviti-aktiviti selain akademik serta dapat mengasah bakat pelajar-pelajar dalam bidang kepimpinan melalui aktiviti-aktiviti seperti ini”.

            Dalam pada itu, ternyata tindak balas mahasiswa serta mahasiswi adalah positif terhadap program yang seperti ini kerana memdapat sambutan yang sangat memberangsangkan dan Hope Day kali ini merupakan yang terbaik sepanjang tempoh dua tahun .

            Pada masa yang sama, berlangsungnya Majlis Pelancaran Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) yang telah dilancarkan oleh Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir yang juga bertempat di perkarangan Perpustakaan Sultanah Bahiyah Universiti Utara Malaysia.

Datuk mukriz bersama Dr. Amy Azhar melawat Booth di perkarangan perpustakaan

 


Perasmian kad diskaun siswa

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on October 5, 2012 by in UUM News.
%d bloggers like this: