EKSPRESI11

Blog Kewartawanan

JALANRAYA CHANGLUN RISIKO KEMALANGAN TINGGI

oleh:

nurulwahida ali
mohammad aliff rodzi
siti shafikah suhaidi
saufi rahman

Kemalangan jalanraya sering kali di kaitkan dengan kecuaian pemanduan orang awam, hal ini berbeza dengan apa yang berlaku di jalan Sintok menghala ke Padang Sanai yang menjadi laluan utama keluar masuk lori- lori yang membawa hasil pasir dan batu keluar dari kawasan perlombongan pasir yang terletak di jalan Padang Senai yang berhampiran dengan sempadan daerah Padang Terap.

Menurut seorang penuntut di Universiti Utara Malaysia Amer Arif b Aziz pergerakan lori yang bermula seawal 7.00 pagi menjadikan jalanraya terutamnya jalan yang menghubungkan Padang sanai dan UUM menjadi jalan raya berisiko. Menurut beliau lagi pergerakan kenderaan yang laju juga turut mampu menjadi satu satu punca kemalangan. Beliau yang mewakili Mahasiswa di Dewan Penginapan Pelajar Kachi berharap isu keluar masuk lori ini tidak dijadikan satu isu sepi yang hanya akan dibincangkan apabila berlakunya kemalangan.

Sementara itu dalam satu tinjauan yang telah dilakukan oleh pihak kami, mendapati terdapat 4 kuari di kawasan Padang Sanai dan hanya dua sahaja yang memaparkan lessen untuk melakukan aktiviti kuari. Dalam satu panggilan telefon bersama pegawai JKR Bahagian Jalanraya mendapati jalan menuju Padang Senai bermula dari pagar utama Akademi Binaan Malaysia telah ditutup sehingga 21.8.20012, tetapi penghadang jalan itu telah diubah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain itu menurut JKR lagi jalan raya di kawasan UUM sudah masuk kali ke lima proses pembaikan dilakukan tetapi masih terdapat kerosakan akibat daripada aktiviti keluar masuk lori dikawasan ini. Pihak JKR juga turut menambah, bahawa pihak mereka menyedari jalan yang kurang baik mampu meningkatkan peluang kemalangan jalanraya, menyedari hakikat ini satu projek pembaikan jalanraya telah dilakukan pada awal bulan Jun lepas.

Bagi penduduk setempat pula, debu dari aktiviti keluar masuk lori telah menghalang aktiviti mereka seharian, selain itu mereka juga berharap pihak berwajib mengambil serius dalam menangani isu ini kerana ia melibatkan nyawa orang ramai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on October 14, 2012 by in Development Issue.
%d bloggers like this: