EKSPRESI11

Blog Kewartawanan

SUNGAI PEMACU PEMBANGUNAN UUM

Disediakan oleh: Nik Mohd Hafizuddin bin Nik Zahedi

                            Mohd Fikri bin Mohd Razali

                            Muhammad Afham bin Ramli

                            Taufik Amri bin Mohd Nor

Universiti Utara Malaysia merupakan salah sebuah universiti terkemuka yang berada di utara tanah air. Sintok merupakan bumi pilihan bagi mendirikan sebuah institut pengajian tinggi ini. Di bumi utara inilah Universiti Utara Malaysia (UUM) didirikan bagi membina pembangunan kemanusiaan mahupun sumber semulajadinya. Pada asalnya Sintok merupakan kawasan hutan, namun hasil idea kreatif Tun Dr. Mahathir Mohamad ianya kini mampu menampung puluhan ribu penghuni pada sesuatu ketika. Pelbagai kemudahan infrastruktur turut disediakan di Universiti Utara Malaysia, antaranya seperti litar Go-Kart, pusat sukan, padang golf, sungai dan sebagainya. Sungai antara pembangunan yang menjadi tumpuan kerana merupakan salah satu pendorong aktiviti sukan air seperti kayak, ternakan ikan air tawar, dan sukan air yang lain. Sebahagian kawasan tadahan dari 3695km2 keseluruhan lembangan. Sungai Sintok yang berukuran 5.23km merupakan salah satu anak sungai yang mengalir ke Sungai Kedah selain daripada Sungai Pasir Puteh berukuran 9km, Sungai Pelanduk yang juga berukuran 9km dan Sungai Badak sepanjang 17.32km yang disambungkan melalui Sungai Bata.

Sungai yang mengandungi pelbagai manfaat ini perlu dijaga dengan baik agar keadaannya lebih terkawal dan kekal. Ciri-ciri sungai UUM diperkemaskan bagi memudahkan sumber aliran sungai dengan lebih baik lagi. Terbukti, UUM mempunyai enam buah kolam takungan utama yang menampung air daripada tiga buah sungai iaitu Sungai Badak, Sungai Sintok dan Sungai Padang Pelanduk atau sungai Pasir Puteh. Kolam satu berdekatan dusun buah-buahan berada berhampiran Jabatan Penyelengaraan dan Pembangunan (JPP). Kolam dua dan tiga pula berada di Dewan Kuliah Gugusan (DKG) enam dan belakang pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP). Manakala kolam empat pula di tempatkan di belakang tasik Guthrie dan kolam lima bersebelahan Dewan Muadzam Shah (DMS). Kolam terakhir iaitu kolam enam berada di belakang litar Go-kart.

Kolam tiga sedang dalam proses pembuatan

Beberapa faktor yang akan menjadikan keadaan sungai ini menjadi cetek apabila banjir besar berlaku yang pernah terjadi lebih kurang dua tahun yang lepas. Hujan lebat yang berterusan menyebabkan mendapan kelodak dari Sungai Padang Pelanduk mengalir ke Sungai Sintok masuk ke UUM menyebabkan kolam takungan satu hingga tiga tertimbus oleh timbunan kelodak dan pasir. Takungan sungai yang melimpah, menyebabkan tandak tasik Guthrie dibuka dengan segera bagi mengelakkan limpahan lebih teruk. Proses pembersihan dilaksanakan dengan kerjasama dari pihak Unit Penyelenggaraan Sendirian Berhad (UPSB) dan pihak JPP.

Pembangunan sungai menjadi salah satu faktor pendorong kepada para pelajar melibatkan pelbagai aktiviti sukan seperti explorace dan sukan air. Kemantapan mental dan fizikal memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah remaja di dalam bersaing dengan masyarakat luar kelak. Pembangunan sungai ini juga secara tidak langsung telah mengubah bentuk landskap sekeliling. Binaan taman rekreasi seperti trek berjoging dan tempat berkelah merupakan salah satu tumpuan yang kemukakan oleh pihak JPP.

Menurut Azizul Rahman bin Nasarudin, Penolong Jurutera Awam JPP UUM menyatakan bahawa Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dipertanggungjawabkan bagi projek membersih dan memperluaskan sungai di UUM Sintok ini. Pembinaan benteng juga merupakan tanggungjawab JPS dan ini amat penting bagi menjaga kualiti sungai yang kian kelam. Keadaan sungai yang semakin mendap menjadi punca kesurutan sungai UUM dan hal ini menyebabkan proses-proses penambahbaikan pada tahun 2004 dengan projek mencuci sungai yang diamahkan kepada Pertubuhan Peladang Kawasan Sinar  Bahagia, Jitra. Selain itu, beberapa kontraktor juga turut dilantik bagi menangani kemendapan  sungai. Pihak JPP dipertanggungjawabkan bagi memilih kontraktor yang berkebolehan dengan mengemukakan beberapa sistem seperti Cut-Off dan sebut harga.

“Langkah penyelesaian bagi menangani masalah sungai UUM ini terdapat dua fasa. Fasa kedua dibahagikan kepada dua iaitu 2A dan 2B. Langkah pertama iaitu penyediaan pelan pengukuran dengan pelaksanaan pada Ogos iaitu penyediaan dokumen kontrak dan lukisan kontrak serta iklan sebut harga pada September. Seterusnya adalah fasa 2A dan 2B melibatkan kajian dan rekabentuk terperinci dan kerja-kerja pembinaan dengan melantik pihak juruukur, penyediaan dokumen, kontrak dan lisan serta urusan kontrak pada Ogos dan September melibatkan iklan tender,’’ menurut Mohamad Najib bin Semawi, Juruteknik Awam UUM.

Menurut beliau lagi, pengaliran sungai merupakan sumber utama bagi menjaga kedudukan sungai UUM sebagai sumber yang lebih baik. Antara beberapa perancangan yang dikemukakan oleh pihak JPS mempunyai dua fasa. Pertama, fasa satu iaitu Upstream di luar kampus UUM dengan melibatkan kolam takungan sedia ada dan upstream Sungai Sintok. Fasa kedua iaitu fasa 2A dan 2B iaitu di dalam kawasan UUM dengan melibatkan Sungai Sintok dan kolam satu, dua serta kolam tiga. Fasa 2B pula melibatkan Sungai Badak, kolam lima dan kolam enam. Bagi fasa satu, bajet sebanyak RM 500,000.00 diperuntukkan  bagi proses pengorekan di bahagian hulu Sungai Sintok. Kerja-kerja pengorekan dan menaiktaraf kolam, outlet (spillway), pembinaan ampang dasar dan kerja pembinaan benting batu sebagai laluan atau senggaraan. RM 2.5 Juta turut diperuntukkan pada fasa 2A oleh UUM bagi kerja-kerja pengorekan kolam satu hingga kolam tiga. Selain itu, proses menaiktaraf struktur dan kerja membaiki turut dijalankan bagi memperkemas keadaan sungai. Fasa 2B diperuntukkan sebanyak RM 2 Juta oleh pihak UUM bagi kerja-kerja pengorekan dan menaiktaraf kolam lima dan kolam enam. Di samping itu juga, kerja pengorekan di Sungai Badak turut dijalankan dengan penambahbaikan binaan benteng batu selain kerja-kerja membaiki struktur sedia ada.

 

Proses-proses mengorek sungai giat dijalankan

Beberapa faktor menjadi punca pencemaran air sungai UUM. Antaranya, aktiviti pembalakan, pembukaan tanah pertanian, perlombongan kuari pasir di Bukit Kachi, pemilikan tanah secara komersial, pembangunan tidak terancang dan tiada langkah pengawalan dan kekangan kawsan rizab sungai. Namun, di atas pengendalian pihak JPP dan JPS negeri Kedah tahap kualiti air masih dapat dikawal dengan positif. Binaan tembok-tembok batu menjadikan struktur tanah lebih kukuh dan binaan kolam dapat mengawal aliran sungai dengan baik,” ujarnya lagi.

Hasil penambahbaikan ini telah menampakkan hasil yang positif bagi pembangunan sungai UUM ini. Sementara itu, Nur Azmi bin Azwar seorang pelajar berkata, sungai UUM ini salah satu lubuk memancing yang menjadi tumpuannya terutama pada hujung minggu. Binaan beberapa kawasan riadah yang strategik memudahkan pelbagai aktiviti seperti berjogging. Warga UUM mengharapkan agar sesuatu perkara positif dilaksanakan lebih kreatif agar sungai UUM menjadi tumpuan dan mampu menyaingi kehebatan dan kecanggihan suatu masa akan datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on October 14, 2012 by in Development Issue.
%d bloggers like this: