EKSPRESI11

Blog Kewartawanan

Infrasuktur Pusat Sukan UUM Dahulu dan Kini

Disediakan oleh:

Muhd Munzir bin Mohd Zin(204801)

MOHAMAD SAHARUDDIN NORHISAM BIN MAT NAWE(205126)

MUHAMMAD FARHAN FAHMI BIN IBRAHIM (204114)

Pusat sukan Universiti Utara Malaysia mula beroperasi semenjak penubuhanya pada 16 Februari 1984. Sejarah penubuhan pusat sukan Universiti Utara Malaysia ini bermula dengan tertubuhnya kampus sementara universiti yang terletak di Tanah Merah Jitra Kedah. Pada masa itu, pusat sukan UUM hanya di kenali sebagai Unit Sukan dan Rekreasi  Universiti Utara Malaysia. Perkembangan pembangunan yang dialami  universiti pada tahun 1991 telah memindahkan pusat sukan UUM dari Jitra ke bumi Sintok.

Perpindahan pusat sukan telah menjadi titik tolak dalam pembangunan yang lebih baik sehingga sekarang. Di sini operasi Pusat Sukan UUM berjalan dengan lebih matang lagi dengan adanya kemudahan yang lengkap di kampus yang baru. Pelbagai kemudahan dari aspek infrasuktur telah di bina dan ini telah menambah baik segala kemudahan di pusat sukan.Mulai daripada tahun 2002 Unit Sukan dan Rekreasi telah di iktiraf sebagai Pusat Sukan Universiti Utara Malaysia. Ini adalah selaras dengan perkembangan dan fungsi yang di jalankan oleh Pusat Sukan pada masa kini. Pusat sukan uum di ketuai oleh pengarah pusat sukan iaitu En Shafferi bin Rejab.

Kompleks pusat sukan UUM yang serba lengkap meliputi kawasan seluas 74 ekar menyediakan hampir 28 jenis aktiviti sukan dan rekreasi khusus kepada pelajar dan kakitangan serta pengguna luar kampus yang ingin menggunakan kemudahan yang terdapat di pusat sukan UUM.

Kemudahan pusat sukan UUM boleh dibahagikan kepada dua sektor iaitu outdoor dan indoor.kemudahan sukan indoor yang terdapat di pusat sukan UUM ialah seperti gelangang squash,badminton,sepak takraw dan sebagainya adalah sebahagian daripada kemudahan yang terdapat di pusat sukan dan segala kemudahan ini lengkap dengan pelbagai bahan bantuan sukan untuk digunakan oleh pelajar. Penyelenggaraan dn penjagaan alatan sukan dan gelanggang yang di buat oleh staf pusat sukan UUM memberikan lebih kebaikan kepada jangka hayat alatan sukan.

Kemudahan outdoor yang terdapat di pusat sukan juga tidak kurang hebatnya. Hal ini kerana pusat sukan mempunyai kemudahan outdoor yang sangat luas. Tersedianya 3 padang bola yang cntik dan trek balapan yang baik telah menjadikan pusat sukan sebagai tumpuan pelajar dan staf mengadkan perlawanan atau pertandingan. Selain padang bola dan trek balapan, terdapat juga beberapa gelangang tenis,bola tampat,bola baling dan bola jarring yang diselenggara dengan baik bagi memberi layanan yang puas kepada pemain yang bermain di pusat sukan UUM.

Kemudahan dn kelengkapan infrasuktur pusat sukan UUM memang tidak ada bezanya jika ingin dibandingkan dengan kemudahan sukan di lain-lain tempat. Hal ini kerana, segala kemudahan infrasuktur pusat sukan telah di bina berdasarkan ukuran dan spesifikasi antarabangsa. Litar Go Kart misalnya yang menelan pembelanjaan RM2 juta telah di iktiraf oleh badan permotoran Go Kart  dunia dan litar tersebut setanding dengan litar-litar lain yang bertaraf dunia.

Menurut seorang staf pusat sukan iaitu Encik Samsul Othman bahawa, kemudahan pusat sukan yang ada sekarang cukup lengkap dan boleh dibanggakan kerana pada masa beliau mula2 berkerja di UUM kemudahan infrasuktur pusat sukan pada masa itu sangat terhad. Oleh itu beliau turut menegaskan bahawa pelajar harus bersyukur dan memanafaatkan segala kemudahan yang ada.

 

Kemudahan litar Go Kart

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pusat Ekuin UUM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on October 20, 2012 by in Development Issue.
%d bloggers like this: