EKSPRESI11

Blog Kewartawanan

SISWANIAGA UUM PEMANGKIN USAHAWAN MUDA

Oleh: Kalaichelvi Rajagopal, Anusha Sandran, Logeswari Sagaran

Baru-baru ini, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan Pesta Konvo 2012 sempena Majlis Konvokesyen UUM kali ke-26 dimana, ekspo perniagaan yang dijalankan di Padang Palapes menjadi agenda utama pesta ini.

Sebahagian daripada gerai-gerai yang didirikan di ekspo tersebut dijalankan oleh siswaniaga UUM dibawah pengendalian Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang sebelum ini dikendalikan oleh Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (CeDi). CeDi ditubuhkan pada 1 Mac 1990 untuk membangunkan keusahawanan siswa di UUM. Mulai 1 Januari 2011, Bahagian Pasca Siswazah dan Penyelidikan telah diwujudkan selaras dengan hasrat universiti untuk menjadi Universiti Penyelidikan menjelang tahun 2013.

Menurut Timbalan Pengarah, Pasca Siswazah dan Penyelidikan (CeDi), Dr. Chandrakanthan Subramaniam, Program Siswaniaga UUM (SEP) terbahagi kepada 3 bahagian iaitu salah satunya dikenali sebagai siswa tulin yang membentuk keusahawanan siswa di Varsity Mall UUM. Antara premis-premis perniagaan yang dijalankan oleh siswaniaga di Varsity Mall adalah Cool Blog, Travel and Tours, Koperasi UUM, gerai-gerai kecil di sepanjang perjalanan ke Varsity Mall, dan lain-lain lagi.

Selain itu, kiosk-kiosk yang beroperasi di ruang legar Dewan Kuliah Gugusan (DKG) 5, juga termasuk dalam Program Siswaniaga. Selain daripada menjual makanan ringan dan minuman, kiosk-kiosk ini juga menyediakan barangan kraftangan yang dihasilkan sendiri oleh pelajar untuk dijual. Beliau berkata lagi, siswa-siswi juga banyak member sokongan pada keusahawanan jenis perkhidmatan. Antara perkhidmatan yang ditawarkan di bawah Program Siswaniaga ialah pembaikian komputer, perkhidmatan percetakan, faksimili, dan sebagainya.

Program Siswaniaga yang dijalankan di UUM ini pada asalnya diperkenalkan untuk melatih siswa menjadi usahawan perniagaan di samping mendedahkan mereka kepada keusahawanan sebenar. Program ini juga membantu memupuk kemahiran keusahawanan dalam kalangan siswa serta membentuk para siswa yang berdikari dan berkeyakinan untuk melibatkan diri dalam perniagaan sebenar suatu hari nanti.

Para siswa juga boleh mendapat keuntungan dari segi kewangan apabila mereka melibatkan diri dalam keusahawanan di universiti. Program ini juga tidak gagal untuk membekalkan pelajar nilai tambah yang akan membantu mereka pada alam pekerjaan. Seperti yang sedia maklum, kadar pengangguran graduan-graduan menjadi semakin tinggi di negara ini. Nilai tambah seperti kemahiran dalam bidang keusahawanan boleh mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah.

Mudah sahaja untuk siswa-siswi menjalankan keusahawanan di bawah Program Siswaniaga di UUM iaitu dengan memenuhi beberapa kriteria yang ditetapkan oleh CeDi. Antaranya ialah siswa berkenaan haruslah seorang pelajar yang sedang belajar di UUM bermula dari semester kedua hingga semester ketujuh. Seterusnya, perniagaan yang dijalankan haruslah berbentuk perkongsian atau syarikat. Perniagaan persendirian tidak boleh  dijalankan sama sekali. Selain itu, perkongsian atau syarikat yang ditubuhkan harus merangkumi para siswa yang berlainan program pembelajaran dan kumpulan etnik. Ahli-ahli Program Siswaniaga juga harus mengekalkan Purata Markah Keseluruhan (PMK) sekurang-kurangnya 2.5 setiap semester supaya terus terlibat dalam SEP.

Walaupun pelbagai kemudahan disediakan oleh pihak universiti, perniagaan yang tidak diiktiraf seperti perkhidmatan isian semula telefon bimbit, perkhidmatan percetakan di bilik, penjualan kuih-muih, makanan ringan, penjualan melalui katalog, UUM Pocket Money yang menyediakan perkhidmatan bas setiap hujung miggu dan sebagainya masih lagi popular dalam kalangan mahasiswa UUM.

 

Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (CeDi)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on October 20, 2012 by in Development Issue.
%d bloggers like this: