EKSPRESI11

Blog Kewartawanan

BAJET PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA 2013

KALAICHELVI A/P RAJAGOPAL

203928

Bajet 2013 telah dibentangkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia pada 28 September 2012 di Dewan Rakyat. Bajet 2013 yang dirangka dengan bertemakan “MEMAKMUR NEGARA, MENSEJAHTERA RAKYAT: SEBUAH JANJI DITEPATI” ini bertindak sebagai penerus tradisi terbaik Kerajaan Barisan Nasional dalam memakmurkan negara dan membawa kesejahteraan kepada semua rakyat Malaysia. Bajet 2013 digubal dengan mementingkan dalam peningkatan taraf hidup rakyat di seluruh negara serta memastikan pertumbuhan ekonomi mapan dengan matlamat keseluruhan iaitu mengutamakan kesejahteraan rakyat.

PKS diberi tumpuan

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) telah diberikan tumpuan utama pada pembentangan Bajet 2013 bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah destinasi pilihan para pelabur. Perdana Menteri telah mengumumkan beberapa insentif yang bertujuan untuk meningkatkan lagi sektor perniagaan dan korporat, di samping membantu usahawan-usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa usaha juga akan diambil untuk meluaskan penyertaan runcit dalam pasaran bon dan sukuk, menyediakan platform untuk mengumpul sukuk bagi industri pertanian, selain mewujudkan syarikat Malaysia yang bertaraf global.

Perusahaan Kecil dan Sederhana memainkan peranan yang sangat penting dalam mentransformasikan ekonomi negara. Dato’ Sri Mohd Najib berkata, kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak RM1 bilion untuk Dana Strategik Pelaburan Domestik yang diletakkan di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia bagi merangsang pelaburan domestik, selain mempercepatkan penyertaan syarikat Malaysia dalam rantaian bekalan global. Dana sebanyak 1 bilion ringgit akan disediakan di bawah Skim Pembangunan PKS di bawah kendalian SME Bank bagi mempercepatkan pertumbuhan industri PKS dan memperluasankan skop kawasan industri di seluruh negara. Langkah ini adalah untuk memudahkan akses PKS supaya mendapat pembiayaan dan seterusnya memajukan perniagaan mereka. Dana tersebut bertujuan untuk memanfaatkan aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.

Ini adalah selari dengan Pelan Induk PKS (2012– 2020) yang telah dilancarkan untuk mempercepatkan pertumbuhan PKS melalui inovasi dan produktiviti. Pelan induk ini melibatkan pelaksanaan 32 inisiatif termasuk enam Program Berimpak Tinggi dengan peruntukan RM30 juta.

 

Mukhriz sambut baik usaha kerajaan

Manakala Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir pula berkata, “Perhatian yang khusus terhadap perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di dalam Bajet 2013 yang dibentangkan semalam dilihat sebagai satu perkembangan yang baik”. Tambah beliau lagi, “Selain meneruskan usaha-usaha menarik pelaburan ke negara ini dan mengekalkan perdagangan, perhatian khusus terhadap IKS di dalam bajet yang diumumkan Perdana Menteri mampu meningkatkan daya inovasi usahawan-usahawan kecil di negara ini. Ini kerana golongan terbabit sememangnya amat memerlukan bantuan pembiayaan di dalam berinovasi”.

 

Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta

Dalam mempergiatkan Industri Halal, terutamanya dalam membangunkan produk-produk halal berimpak tinggi untuk tujuan eksport, Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta akan membiayai modal kerja PKS terlibat akan disediakan oleh SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam.

Terdapat 1.5 juta penjaja dan peniaga kecil pada masa sekarang yang menjalankan perniagaan secara tradisional yang mempunyai struktur perniagaan kecil dan pendapatan harian yang tidak menentu. Oleh itu, sebagai tanda keprihatinan terhadap kekangan yang dihadapi oleh mereka sekiranya berlaku kemudaratan diri, hilang upaya serta kematian, Kerajaan mencadangkan skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Skim ini akan memberi had perlindungan maksimum sehingga RM5,000. Buat pertama kalinya, Kerajaan akan membiayai skim ini dengan peruntukan sebanyak RM16 juta setahun.

Di samping itu, bagi menyokong usaha bersepadu memodenkan perniagaan golongan penjaja dan peniaga kecil kepada standard yang lebih tinggi dan berdaya saing, program ‘Business In Transformation’ diperkenalkan oleh Perbadanan Nasional Berhad menggunakan model licensing atau franchising. Program ini akan memberi bimbingan dan khidmat nasihat ke atas konsep perniagaan baru contohnya seperti kedai bergerak, kiosk dan perniagaan atas talian. PNS akan menyediakan kemudahan kepada penjaja dan peniaga kecil dengan pinjaman sehingga RM25 ribu  bagi licensee dan RM500 ribu kepada licensor.

Diharapkan agar bajet terakhir sebelum pilihanraya umum ke-13 ini akan mendorong ke arah pencapaian wawasan nasional serta mencipta kehidupan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on December 2, 2012 by in Budget 2013.
%d bloggers like this: