EKSPRESI11

Blog Kewartawanan

BANTUAN DAN SUBSIDI DALAM BAJET 2013 MERINGANKAN BEBAN RAKYAT

Oleh  :  Anusha Sandran

             nusha_1006@yahoo.com

Belanjawan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, lebih berjiwa rakyat selaras dengan tema bajet 2013 iaitu “ Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat : Sebuah Janji Ditepati”. Salah satu perkara yang telah diberi penekanan dalam peruntukan bajet ini ialah bantuan dan subsidi kerajaan terhadap rakyat yang bertujuan semata-mata untuk meringankan beban rakyat.

BRIM 2.0

Kerajaan sedang melaksanakan inisiatif rasionalisasi subsidi dan mengalih secara berperingkat dalam kaedah pemberian subsidi, daripada subsidi pukal yang membawa kepada banyak ketirisan dan sehingga orang yang berada pun memperoleh, kepada subsidi yang bersasar. Dengan ini, subsidi hanya akan diperoleh oleh kelompok yang betul-betul memerlukannya. Hal ini akan menjamin kedudukan kewangan negara pada masa hadapan dimana rakyat yang perlu menanggung akibatnya nanti.

Bersesuaian dengan peralihan kepada dasar pelaksanaan subsidi bersasar, kerajaan telah mengumumkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia atau lebih dikenali sebagai BRIM 2.0 yang mempunyai beberapa kriteria yang akan melayakkan seseorang menerima bantuan tersebuat. Kriteria penerima tetap sama iaitu ketua isi rumah yang berpendapatan 3,000 ringgit dan ke bawah layak untuk menerima bantuan ini. Sebagai tambahan,  pemberian BR1M 2.0 ini diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi dua ribu ringgit sebulan. Pemberian bantuan kepada individu bujang ini adalah sebanyak 250 ringgit.

Pengurangan Subsidi Gula untuk Mengurangkan Pengambilan Gula

Gula yang diambil secara berpatutan adalah baik, namun sekiranya diambil secara berlebihan ia mampu menjadi racun kepada kesihatan manusia. Setakat ini, sekitar 2.6 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes. Oleh itu, kerajaan bercadang mengurangkan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram mulai 29 September 2012. Persatuan Peniaga telah bersetuju kepada seruan kerajaan untuk tidak menaikkan harga sebaliknya mengurangkan kandungan gula. Selepas pengurangan subsidi, kerajaan masih lagi menanggung subsidi gula sebanyak 34 sen setiap satu kg yang melibatkan jumla wang sebanyak 278 juta ringgit.

Peruntukkan 1.5 Billion Ringgit untuk Menstabilkan Harga Minyak Masak

Selain itu, untuk menampung perbezaan harga dan kuota penggunaan minyak masak yang semakin meningkat, kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak 1.5 bilion ringgit bagi menstabilkan harga minyak masak di pasaran. Hal ini secara tidak langsung akan mengurangkan perbelanjaan domestik rakyat.

Penyeragaman Harga

Seperti yang diketahui umum, harga barangan keperluan di Sabah dan Sarawak adalah lebih mahal berbanding di Semenanjung Malaysia disebabkan kos penghantaran dan pengagihan yang lebih tinggi. Bagi memastikan kos dan harga barangan dapat dikurangkan, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif termasuk Program Penyeragaman Harga, pemberian subsidi pengangkutan serta pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia.

Untuk mencapai hasrat ini, kerajaan akan memperuntukkan sebanyak 386 juta ringgit bagi memastikan harga barangan keperluan di Sabah dan Sarawak serta Labuan dijual pada harga yang lebih rendah dan lebih seragam. Dengan peruntukkan tersebut kerajaan akan membuka 57 buah KR1M dan menanggung kos penghantaran produk dari Semenanjung Malaysia ke Sabah, Sarawak serta Labuan termasuk penghantaran ke kawasan pedalaman. Sebagai contoh di Ba’kalalan, Sarawak, harga gas memasak 14 kg setong dijual pada harga RM70. Dengan program penyeragaman harga, gas memasak tersebut boleh dibeli hanya dengan RM26.60 setong.

Bukan itu sahaja, dalam hasrat untuk meringankan beban rakyat yang berulang alik menggunakan perkhidmatan feri dari Labuan ke Sabah dan Sarawak, kerajaan akan memberi diskaun tambang kepada semua penumpang sebanyak 50 peratus. Di samping itu, diskaun sebanyak 50 peratus turut diberi ke atas tambang feri untuk kenderaan komersial yang mengangkut barang keperluan asas dan binaan ke Labuan.

Menurut Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, “penekanan terhadap bantuan dan subsidi ini adalah untuk  memenuhi keperluan rakyat terutamanya dalam membantu mereka berhadapan dengan kos kehidupan yang tinggi hari ini”. Beliau berkata demikian  kepada pemberita selepas pembentangan Belanjawan 2013 di Parlimen.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on December 2, 2012 by in Budget 2013.
%d bloggers like this: