EKSPRESI11

Blog Kewartawanan

BONUS SATU SETENGAH BULAN

Disediakan oleh: MOHD FIKRI BIN MOHD RAZALI

                            201120

 

Pada 28 Seotember yang lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membentangkan bajet tahunan untuk tahun 2013. Peruntukan yang telah diumumkan oleh beliau sebanyak RM251.6 bilion iaitu meliputi RM201.9 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi perbelanjaan pembangunan. Bajet untuk tahun 2013 adalah bertemakan “Memakmurkan Negara, Mensejahterakan Rakyat : Sebuah Janji Ditepati” bakal memberi keselesaan kepada pelbagai lapisan masyarakat desa, petani buruh, nelayan guru, pekebun kecil, pensyarah, karyawan, penjawat awam dan golongan profesional serta usahawan.

Untitled

            Bagi golongan penjawat awam akan menerima bonus satu setengah bulan gaji. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iatu setengah bulan pada Disember dan manakal selebihnya pada bulan Januari tahun hadapan. Daripada pemberian bonus ini, diharap dapat mengurangkan beban penjawat awam terutamanya yang berkeluarga bagi menghadapi musim persekolahan pada awal Januari tahun hadapan.

Menurut Presiden CEUPACS “Penjawat awam mendapat bonus sebulan gaji, tambahan kepada setengah bulan yang diberikan sebelum ini. Ia menjadikan jumlah bonus untuk kakitangan awam tahun ini ialah sebulan setengah gaji, iaitu paling tinggi pernah diberikan oleh kerajaan sebagai menghargai perkhidmatan dan sumbangan mereka kepada negara. Beliau berkata lagi, pemberian bonus diharap dapat mengurangkan beban penjawat awam terutama yang berkeluarga bagi menghadapi musim persekolahan yang akan bermula Januari depan. Kerajaan pada Ogos lalu memberikan bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM500 kepada semua penjawat awam, manakala pesara menerima RM500 untuk menyambut Aidilfitri”.

Disebabkan angka kakitangan awam atau penjawat awam agak tinggi. Pastinya rata-rata daripadanya dalam banyak-banyak intipati pembentang Bajet 2013 sebenarnya mata & telinga lebih terarah kepada pengumuman bonus penjawat awam. Itu sebablah pengumuman bonus kakitangan awam akan diletakkan pada saat terakhir pembentangan bajet kerajaan Malaysia. Sebelum in, Bonus kakitangan awam yang paling tinggi yang pernah diberi kerajaan kepada penjawat awam ialan bonus sebulan gaji iaitu pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri yang keempat.

Tidak lupa juga dalm pembentangan kali ini. Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah mengumumkan bayaran insentif khas pegawai dan anggota Angkatan tentera Malaysia (ATM). Seramai 125 708 pegawai dan anggota Tentera Malaysia turut menerima bayaran insentif khas RM200 sebulan berkuat kuasa 1 Januari athun hadapan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bayaran tersebut membabitkan peruntukan sebanyak RM301 juta. Bagi menghargai peranan pasukan simpananj ATM pula, kerajaan bersetuju menyelaraskan elaun khidmat bertugas daripada RM4 sejam bagi anggota biasa kepada RM6 sejam dan pegawai dinaikkan kepada RM7.80 sejam.

Penyelarasan itu melibatkan 65000 anggota simpanan tentera yang merangkumi Askar Wataniah serta Pasukan Simpanan Sukarela Tentera laut dan Udara seluruh negara. Kadar baru ini telah dikuatkuasakan untuk pasukan Ikatan Relawan Rakyat malaysia (RELA), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Sukarelawan Polis (PRV). Sebagai membalas jasa bekas tentera yang bersara awal kerana berkhidmat kurang daripada 21 tahun serta tidak berpencen, kerajaan bersetuju memberi sumbangan RM1000 secara sekali bayar kepada mereka.

Peruntukan sebanyak RM224 juta itu jelasnya melibatkan seramai 224 000 bekas tentera dan pemberian berkenaan akan dikongsi bersam kerajaan dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera.  Bagi memastikan ATM mempunyai modal insan berpengetahuan dan kemahiran tinggi, kerajaan telah bersetuju untuk menambah baik skim perkhidmatan itu.

Daripada pembentengan bajet untuk tahun 2013 ini, didapati banyak kelebihan yang diberikan oleh pihak kerajaan kepdara rakyat terutamanya kepada sektor awam mahupun yang telah bersara. Hal ini kerana pihak kerajaan memang memandang dan mengambil berta tentang kebajikan rakyatnya supaya rakyat di negara ini dapat hidup dalam keadaan yang selesa dan aman. Apabila kehidupan yang dikecapi oleh golongan hari ini, kita juga perlu mengaja keamanan dan kesejahteraan negara kita ini bagi menjamin golongan yang akan mewarisi negara kita kelak dapat menikmati seperti kita pada hari ini mahupun lebih baik. Sehubungan dengan itu, generasi akan datang perlu menanam sikap mencintai negara sendiri supaya unsur-unsur yang negatif tidak merebak kesemua pihak dan generasi akan datang juga perlu mentadbir negara pada suatu hari nnati dengan baik dan sempurna.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on December 2, 2012 by in Budget 2013.
%d bloggers like this: