EKSPRESI11

Blog Kewartawanan

SUKAN TUMPUAN PEMBANGUNAN RAKYAT

Oleh: Muhammad Afham bin Ramli

Belia dan Sukan kini lebih sinonim berdasarkan penglibatan mereka dalam beberapa acara seperti Futsal, bolasepak dan lain-lain lagi. Slogan bahawa ‘Sukan Sebagai Satu Industri’ telah menarik minat pihak swasta bagi membina keperluan sukan yang lebih terancang. Pasukan yang terdiri dari pelbagai golongan belia seharusnya diberi perhatian lebih bagi menaikkan mutu sukan negara ke persada antarabangsa.

 

Pembentangan bajet belanjawan bagi sukan menjadikan sukan sebagai salah satu bidang tumpuan yang mampu membentuk sahsiah ilmiah masyarakatnya. Bidang sukan diperuntukkan  untuk melahirkan lebih ramai lagi jaguhan dalam bidang tertentu seperti badminton, squasy, balapan, renang dan seumpamanya. Bajet yang bakal diberikan ini akan diguna sepenuhnya bagi menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur seperti dewan latihan, gelanggang dan peralatan sukan. Wujudnya langkah sedemikian diharap Malaysia bakal mengulangi sejarah era kegemilangan sukan tanah air dengan lahirnya lagenda sukan seperti keluarga Sidek dan Mokhtar Dahari di mana masing-masing memegang sukan yang berbeza iaitu badminton dan bola sepak. Mereka sentiasa digeruni lawan semasa di gelanggang. Majlis Sukan Negara (MSN) telah menyambut baik peruntukan yang diberikan oleh kerajaan sebanyak RM50 juta bagi persiapan menjelang Olimpik yang bakal dilangsungkan di Rio de Janeiro, Brazil pada 2016.

Sukan memerlukan keyakinan dan semangat juang yang tinggi. Terdapat sesetengah pendapat menyatakan bahawa sukan itu umpama peperangan. Berperang untuk menggenggam sekalung kejayaan berwarna emas. Malaysia pernah mencipta pelbagai rekod asia iaitu dalam acara trek di mana Nazmizan Muhamad Berjaya memenangi tiga kemenangan dalam acara pecut. Beliau yang baru sahaja di anugerahkan ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan pada Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) ke-25 dahulu di gelar raja pecut asia tenggara. Didikan sukan memainkan peranan penting bagi membina nilai pembangunan masyarakat yang positif. Hal ini menjadikan masyarakat sentiasa cergas dan sihat dalam memacu pembangunan negara.

Sukan adalah pemangkin perpaduan nasional yang  terbaik kerana melibatkan semua golongan masyarakat. Nama-nama besar seperti Lee Chong Wei, Nicol Anne David, Pandelela  Rinong, Azizulhasni Awang dan Muhamad Ziyad adalah antara wira dan

PASUKAN Fauzio FC B muncul juara kategori Lelaki Bawah 18 Tahun pada Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 selepas menewaskan RSP FC 2-0 pada aksi final.

PASUKAN Fauzio FC B muncul juara kategori Lelaki Bawah 18 Tahun pada Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 selepas menewaskan RSP FC 2-0 pada aksi final.

sukan yang dikagumi. Kejayaan dan pencapaian mereka di peringkat antarabangsa cukup membanggakan. Kerajaan sentiasa memberi penekanan  dalam memastikan pembangunan sukan dilaksanakan secara berterusan. Untuk itu, bagi tahun 2013 sebanyak 738 juta ringgit diperuntukkan bagi pembangunan belia dan sukan.

Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak 15 juta ringgit bagi memperkemas persiapan para atlet untuk ke kejohanan sukan antarabangsa iaitu Sukan SEA 2013, Sukan Para ASEAN 2013, Sukan Komanwel dan Sukan Asia tahun2014. Sukan Olimpik Rio 2016 turut diperuntukkan sebanyak 50 juta ringgit untuk tempoh empat tahun khusus. Menurut Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong, pihaknya bukan sahaja memandang persiapan mengahdapi temasya termasyur itu malah berharap agar  kecemerlanagn sukan terus meningkat pada edisi seterusnya iaitu 2020.

Menurutnya lagi, aspek dari segi sokongan sains sukan, kemudahan latihan, peralatan, kebajikan dan beberapa perkara lain seperti komitmen persatuan sukan turut dititikberatkan.

Bajet 2013 yang diperuntukkan bagi sukan

Bajet 2013 yang diperuntukkan bagi sukan

 

Berdasarkan kedudukan semasa sukan di Malaysia kini, kerajaan telah mengambil langkah awal dengan pembinaan sebuah velodrom tertutup di Seremban dan Akedemi Badminton di Bukit Kiara bagi menggalakkan perkembangan sukan lumba basikal dan badminton dengan peruntukan sebanyak RM80 juta. Hal ini nyata bahawa kerajaan semakin serius dalam pembangunan sukan tanah air bagi melahirkan pembangunan insan yang bukan sahaja berjaya dalam akedemik malah aktif dalam sukan.

Menurut menteri sukan Datuk Seri Shabery Cheek, masyarkat kini semakin mementingkan dan sedar mengenai sukan dan pihak swasta kini giat membina infrastruktur sukan kerana bajet yang diperuntukkan adalah berpatutan. Wujudnya pelbagai akedemi dan klinik-klinik sukan telah menggalakkan ramai ibu bapa menghantar anak mereka bagi galakan bersukan,” katanya.

Sehubungan dengan itu, pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memohon pemberian rebat cukai pendapatan bagi menggalakkan usaha pihak swasta menyemarakkan arena sukan negara. Perbincangan juga dijalankan mengenai peralatan yang perlu diberi potongan cukai bagi mempopularkan  sukan tersebut,” ujarnya lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on December 2, 2012 by in Budget 2013.
%d bloggers like this: