EKSPRESI11

Blog Kewartawanan

BAJET 2013: Pembangunan Masyarakat Luar Bandar Tidak Pernah Dipinggir

Oleh Chew Jing Yi

 

Demi hasrat untuk merealisasi Wawasan 2020, usaha kerajaan terhadap pembangunan negara tidak pernah berhenti. Begitu juga dengan usaha dalam membangunkan masyarakat luar bandar agar mempunyai taraf yang sama dengan masyarakat bandar dalam pelbagai aspek kehidupan, seperti menikmati kemajuan dan pembangunan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa kawasan luar bandar mempunyai potensi untuk dibangunkan dan dimodenkan asalkan usaha yang berterusan dilakukan.

Dalam pembentangan Bajet 2012, Program Transformasi Luar Bandar (RTP) telah dilaksanakan untuk memperkukuh pembangunan infrastruktur asas luar bandar yang merangkumi program jalan luar bandar, projek perhubungan desa, memperluas bekalan air bersih dan bekalan elektrik terutama di Sabah dan Sarawak, dan mempertingkat perkhidmatan pengangkutan awam di kawasan luar bandar. Kawasan luar bandar juga telah mengalami proses perubahan menjadi pekan atau bandar kecil moden yang mampu menarik pelaburan, menyediakan peluang pekerjaan dan peluang ekonomi dan sebagainya.

Manakala dalam pembentangan Bajet 2013, Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Najib Tun Razak telah menyatakan bahawa sebanyak RM4.5 bilion di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0 disediakan bertujuan untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan luar bandar bagi mengurangkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar.

1

Projek pertama ialah sebanyak RM1.2 bilion disediakan untuk melaksanakan 441 kilometer projek jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa yang memanfaatkan 220 ribu penduduk. Seterusnya, projek kedua ialah sebanyak RM1.6 bilion akan diperuntukkan untuk projek infrastruktur utility luar bandar bagi projek bekalan air kepada 24 ribu buah rumah dan projek penyambungan bekalan elektrik kepada 19 ribu buah rumah.

Projek ketiga ialah peruntukan berjumlah sebanyak RM137 juta akan diberi kepada 29 buah kampung, iaitu melibatkan 38,000 penduduk  untuk dibangunkan di bawah Program Desa Lestari pada tahun depan untuk menaikkan taraf kilang pemprosesan hasil laut dan makanan, membina jeti baru dan pusat pemasaran, menambahkan baik pakej dan aktiviti homestay serta rekreasi.

Projek keempat ialah sebanyak RM88 juta akan diperuntukkan bagi melaksanakan program pembangunan ekonomi dan projek bekalan air bagi masyarakat Orang Asli dan projek kelima ialah sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi membekalkan tangki air High Density Polyethylene (HDPE) dengan menggunakan kaedah tadahan air hujan khususnya di rumah-rumah yang masih belum mendapat bekalan air di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

Menurut Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal, HDPE ini didirikan untuk memastikan penduduk mendapat bekalan air kerana perubahan cuaca global telah menyebabkan kawasan yang tertentu berisiko mengalami kemarau atau dilanda banjir.

2

Selain itu, menurut katanya lagi, skop program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) diperluaskan dengan penyambungan dari meter pengguna sehingga ke dalam rumah pengguna melibatkan anggaran kos sebanyak RM500 bagi setiap rumah mulai tahun 2013. Perlaksanaan ini hanya diberi kepada pengguna yang kurang berkemampuan dan golongan miskin yang berpendapatan kurang dari RM740.00 sebulan di Semenanjung Malaysia manakala RM1080.00 sebulan di Sabah dan Sarawak.

Bajet ini boleh dikatakan sangat penting kerana memenuhi hasrat penduduk iaitu beban dapat dikurangkan dan menikmati pembangunan yang berlaku pada masa yang sama. Sikap rakyat akan berubah dan melibatkan diri dalam program pembangunan luar bandar bersama-sama asalkan beban mereka dikurangkan. Selain itu, kerajaan juga telah menunjukkan usaha mereka dalam membangunkan kawasan luar bandar dengan melaksanakan pelbagai projek yang akan membawa manfaat kepada penduduk luar bandar. Apabila jurang pembangunan bandar dengan luar bandar dikurangkan, maka hasrat Wawasan 2020 juga akan menjadi nyata yang akan menjamin kesejahteraan dan keselesaan hidupan rakyat Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on December 5, 2012 by in Budget 2013.
%d bloggers like this: