EKSPRESI11

Blog Kewartawanan

Kemajuan sektor pertanian kurangkan import.

Oleh: Chong Hwee Ting 204518

            Pembentangan bajet 2013 yang bertema “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati”  telah berjaya dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 28 september 2012. Pembentangan ini mendapatkan reaksi yang pelbagai sama ada yang kritikan, sindiran atau pujian.  Sektor pertanian merupakan salah satu fokus yang dibentangkan supaya dapat memajukan sektor pertanian dan memastikan bekalan makanan yang mencukupi kepada rakyat Malaysia.

            Jumalah bajet 2013 adalah RM251.6 bilion. Perbelanjaan operasi dan pembanguan bajet 2013 adalah RM 201.9 bilion dan RM49.7 bilion. Selain itu, hasil kerajaan 2013 yang dijangka ialah RM208.6 bilion iaitu bertambah 1.6 bilion berbanding dengan tahun 2012. Defisit kerajaan 2013 dijangka ialah 4 peratus berbanding4.5 peratus pada 2012. Bajet 2013 yang dibentangkan harap dapat meningkatkan ekonomi Negara tahun depan dengan kerjasama setiap rakyat.

Bajet 2013 hanya dorong kepada kemerosotan pertumbuhan ekonomi.  Bajet 2013 yang dibentangkan adalah merangkumi faedah setiap rakyat sama ada mereka yang membangkang atau menyokong kerajaan terutamanya golongan miskin. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menyatakan “ setiap bajet untuk rakyat kali ini pun sama tidak kira ada pilihan raya atau tidak. Tetapi melalui strategi dan cara yang berlainan selari peredaran masa dan perubahan zaman, matlamat tetap sama dari dahulu sampai sekarang, iaitu member impak yang optimum kepada rakyat”.

Sektor pertanian merupakan benteng pertahanan negara. Ini sebab, sektor pertanian yang maju barulah dapat membekalkan makanan yang mencukupi rakyat bagi mengurangkan kebergantungan terhadap import.  Ini sangat penting kerana kekurangan bekalan makanan akan menjejaskan tahap ekonomi negara.  Import makanan merupaka sifat yang buruk kerana membazirkan wang mengalir ke negara lain dan juga merupakan satu risiko kepada kehidupan rakyat Malaysia. Bayangkan jika negara luar tidak mampu lagi membekalkan makanan kepada kita atas pelbagai sebab, kita mungkin mengalami masalah kelaparan sehingga menimbulkan pelbagai masalah seperti kejatuhan ekonomi dan tahap kesihatan.

Sebaliknya, peningkatan pembangunan sektor pertanian dapat meningkatkan tahap ekonomi negara kita dengan cara mengeksport makanan kepada negara luar.  Jadi, pembangunan sektor pertanian amat diperlukan untuk menguatkan benteng pertahanan negara sehingga bantu dalam mencapai matlamat wawasan 2020.Oleh itu, pembentangan bajet 2013 sangat penting untuk membangunkan ekonomi Malaysia.

Bajet 2013 membentangkan fokus meningkatkan aktiviti pertanian. Menurut Datuk Sri Najib, sektor pertanian harus diberi penekanan dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan negara dengan cara mengeksport dan memastikan kelestarian jaminan bekalan makanan. Kerajaan merancang memperuntukkan sebanyak 5.8 bilion ringgit kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Kemajuan sektor pertanian memerlukan teknoloji yang canggih, kepakaran, benih yang berkualiti dan institusi latihan pertanian barulah dapat meningkatkan sektor ini. Jadi, kerajaan telah menyediakan sebanyak 30 juta ringgit bagi pembangunan program pertanian dan sebanyak 75juta ringgit bagi meningkatkan pengeluaran produk makanan dan kesihatan.

Menurut Datuk Sri Najib, pendapatan negara dapatditingkatkan dengan cara menanam semula pokok kelapa sawit.  Beliau percaya peruntukkan  sebanyak RM432 juta untuk program ini mampu melonjakkan kembali harga komoditi di pasaran antarabangsa sehingga meningkatkan tahap ekonomi Malaysia. Bajet 2013 telah pun membentangkan tentang kelestarian jaminan bekalan makanan pada masa depan. Ini juga bermaksud mengurangkan import dengan bekalan makanan yang cukup.  Menurut Datuk Seri Najib, kerajaan akan memperkenalkan empat kawasan jelapang padi baru berkeluasan 19000  hektar di Kota Belud, Batang Lupar, Rompi dan Pekan, Jijangka menghasilkan 104,000 tan metrik padi.  Kini, kawasan tersebut hanya seluas 389 ribu hektar yang mampu menghasilkan sebanyak 1.8juta tan metrik sahaja.  Penghasilan ini tidak mencukupi kepada rakyat Malaysia.  Jadi, berleluasan ini dapat memastikan peningkatan bekalan makanan di Malaysia dan haraplah dapat memenuhi keperluan rakyat.  Selain itu, penyertaan seramai 12,237 pesawah dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik dengan perbelanjaan sebanyak 140 juta ringgit dapat mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia.

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani , Datuk Seri Noh Omar, kertas kerja kepada Kabinet akan dikemukakan bagi membolehkan berleluasan empat kawasan jelapang padi baru dapat dilaksanakan. Tambahnya, kerajaan juga akan menubuhkan Lembaga Pembanguan Pertanian Bersepadu (IADA) di kawasan tersebut.

Fokus yang lain berkaitan pertanian adalah membela nasib pertanian. Bajet 2013 membentangkan kerajaan akan member subsidi dan insentif pertanian sedia ada berjumlah 2.4 bilion ringgit secara berterusan bagi membantu para petani mengurangkan kos pengeluaran. Bantuan tersebut termasuk pemberian subsidi harga padi seramai 480 juta ringgit, baja padi seramai 465 juta ringgit, harga beras seramai 528 juta ringgit dan benih padi sah seramai juta ringgit. Selain itu, merangkumi pemberian insentif peningkatan hasil padi seramai 80 juta ringgit dan insentif pengeluaran padi seramai 563 juta ringgit.

Di samping itu, kerajaan juga akan memperkenalkan skim perlindungan takaful padi sehingga RM 10,000 kepada 172,000 pesawah untuk menjaga kebajikan rakyat.  Kedua-dua bantuan tersebut sebagai tanda menghargai sumbangan para petani dalam membekalkan makanan kepada kita dan juga harap dapat meringankan kos perbelanjaan kehidupan mereka. Bantuan yang dibeikan oleh kerajaan adalah memanfaatkan dan cuba mengatasi masalah ekonomi para petani supaya mereka mendapatkan tahap kehidupan yang lebih tinggi.  Oleh itu, bantuan ini dapat meningkatkan penglibatan masyarakat dalam bidang pertanian dan menambahkan minat masyarakat atau kepakaran dalam berusaha memajukan bidang pertanian secara berterusan.  Jadi, sektor pertanian akan dapat dimajukan sehingga membekalkan makanan yang cukup atau lebih.

Selepas bajet 2013 pastilah terdapat reaksi yang sokong dan tidak menyokong. Ketua Pembangkang Dewan a Undungan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyatakan selaku Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), beliau beterima kasih kerana peruntukan merancakkan sektor pertanian, termasuk memperkenalkan Skim Perlindungan Takaful Padi. “Bajet 2013 adalah belanjawan raih undi semua pihak demi meneruskan kuasa BN. SAya lihat budaya pembaziran akan membebankan Malaysia dengan hutang yang sudah mencecah 53.7 peratus daripada KDKK (Keluaran  Dalam Negara Kasar). Kita wajib desak belanjawan yang lebih bertanggungjawab dan tidak akan benkrpkan Malaysia dibentangkan,” berkata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Bajet 2013 yang dirancang dengan baik serta merangkumi faedah setiap lapisan masyarakat dan pandang kepada masa depan amat penting dan diperlukan. Sektor pertanian akan membawakan kesan yang besar terhadap pembanguan negara sama dengan sektor lain.  Sektor pertanian hanya dapat dimajukan sekiranya apa yang dibentangkan dapat ditepati janji dan diubahsuai dengan segera sekiranya masalah muncul. Sektor pertanian bukan sahaja menjejaskan masalah kekurangan bekalan makanan tetapi juga masalah lain seperti kekurangan pendapatan negara, penurunan status kesihatan dan juga akan menjejaskan pembanguan negara.  Pembangunan negara merupakan tanggungjawab setiap rakyat. Masyarakat yang bersatu padu, berhati baik, saling membantu dan salin mempercayai barulah dapat membangunkan negara kita.

1 2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on December 5, 2012 by in Budget 2013.
%d bloggers like this: