EKSPRESI11

Blog Kewartawanan

MASYARAKAT BERILMU, NEGARA JADI MAJU

Disediakan oleh: Neoh Shi Ling

Negara kita telah pun mencurahkan usaha yang banyak dalam membinakan sebuah masyarakat yang berilmu sejak merdeka. Sepanjang masa ini, pendidikan telah dijadikan satu agenda utama negara. Hal ini disebabkan pemimpin-pemimpin kita menyedari bahawa bidang ini adalah prasyarat kepada sebuah negara yang makmur dan pembangunan rakyat yang sejahtera.

Perdana Menteri membentang bajet di Dewan Rakyat.

Perdana Menteri membentang bajet di Dewan Rakyat.

 

Bajet Malaysia 2013 telah pun dibentangkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia pada 28 September 2012 di Dewan Rakyat. Tema bagi bajet 2013 adalah “Memakmur Negara, Mensejahteraan Rakyat: Sebuah Janji Ditepati”. Bajet bagi tahun 2013 ini terdapat lima fokus yang utama iaitu meransang aktiviti pelaburan, memperkasa pendidikan dan latihan, membudaya inovasi, meningkat produktiviti, konsolidasi fiskal dan mempercekap penyampaian perkhidmatan awam dan akhir sekali mensejahteraan rakyat.

Menurut Perdana Menteri, ekonomi negara telah diletakkan di atas landasan pertumbuhan mapan ke arah transformasi sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi. Manakala kesejahteraan rakyat pula telah dipertingkatkan secara berterusan.

Berdasarkan Bajet 2013 yang dikeluarkan, peruntukan yang sebanyak RM251.6 bilion akan digunakan bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan, menumpukan kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara. Daripada jumlah tersebut, RM201.9 bilion akan digunakan bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion adalah bagi peruntukan pembangunan. Sebanyak RM38.7 bilion telah diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran meliputi peruntukan mengurus dan pembangunan. Berbanding dengan tahun lepas, kerajaan telah memperuntukan sebanyak 21 peratus daripada bajet keseluruhan ke bidang pendidikan.

Selain daripada itu, kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta bagi meningkatkan kemahiran guru dalam pengajaran subjek-subjek teras, yakni Bahasa Kebangsaan, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik melalui pendekatan Higher Order Thinking Skills. Peruntukan ini juga merangkumi penubuhan Unit Pelaksanaan Pendidikan atau Education Delivery Unit bagi memantau dan menilai keberkesanan pelaksanaan transformasi pelan tersebut.

Pada pembentangan Bajet 2012, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1 bilion kepada Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah. Bagi Bajet 2013 pula, kerajaan akan menambah lagi RM1 bilion bagi Tabung Khas ini. Daripada jumlah keseluruhan ini, RM400 juta akan disalurkan kepada Sekolah Kebangsaan, manakala Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Mubaligh, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Rendah Sains MARA akan masing-masing mendapat peruntukan RM100 juta.

Bagi pendidikan awal kanak-kanak pula, sebanyak RM1.2 bilion telah disediakan bagi tujuan pendidikan prasekolah. Bagi masa kini, ramai kanak-kanak kurang upaya dari keluarga yang berpendapatan rendah tidak mendapat pendidikan awal disebabkan kekurangan taska OKU. Untuk memperbaiki masalah ini, kerajaan akan melaksanakan projek perintis taska OKU bagi 6 kategori kanak-kanak OKU yang merangkumi down syndrome, autisme, penglihatan, pekak dan bisu, fizikal dan OKU masalah pembelajaran.

Bagi mencapai ekonomi yang berpendapatan tinggi dan maju, pada tahun 2013, sejumlah RM3.7 bilion akan disediakan untuk melatih pelajar dalam bidang teknikal dan vokasional. Kerajaan juga telah menubuhkan Graduate Employability Blueprint pada hujung tahun 2012 bagi memberi tumpuan untuk memperkukuh kebolehpasaran graduan. Pada tahun 2013 pula, kerajaan akan menubuhkan Graduate Employability Taskforce dengan peruntukan RM200 juta.

Berdasarkan Bajet 2013, Program Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) akan diteruskan. Selain daripada itu, kerajaan juga memperuntukkan RM440 juta kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran bagi memberi pinjaman kepada pelatih untuk menjalani latihan kemahiran. Kerajaan sedar tentang masalah kemiskinan masyarakat India dan oleh itu, kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta untuk melatih pelajar masyarakat India bagi memperlengkapakan mereka dengan kemahiran, selaras dengan permintaan pasaran. Latihan ini akan dikendalikan oleh Institut Latihan Perindustrian dan kolej-kolej di bawah Skim Latihan Dual Nasional.

Kerajaan kita telah memberi prihatin sepanjang masa ini terhadap kebajikan pelajar terutama mereka yang datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah. Bagi membantu pelajar-pelajar tersebut, kerajaan telah menyediakan sebanyak RM2.6 bilion pada tahun 2013 yang merangkumi bantuan geran per kapita, bantuan makanan asrama, Rancangan Makanan Tambahan, pembelian buku teks dan bantuan bayaran tambahan persekolahan.

Pada tahun 2012, kerajaan telah memberikan sebanyak RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah sebagai bantuan persekolahan. Bagi meringankan beban persekolahan keluarga berpendapatan rendah dan sederhana, kerajaan akan meneruskan pemberian bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah. Peruntukan ini adalah sebanyak RM540 juta. Baucar Buku 1 Malaysia juga akan diteruskan diberikan kepada setiap pelajar IPT dan pra-universiti. Pada tahun 2013, nilai baucar akan ditingkatkan daripada RM200 kepada RM250. Langkah ini telah melibatkan peruntukan yang sebanyak RM325 juta.

Bagi meringankan tanggungan kewangan ibu bapa, kerajaan mencadangkan pelepasan cukai sedia ada bagi pendidikan tinggi anak-anak sebanyak RM4, 000 seorang sekarang ini, dinaikkan kepada RM6, 000 seorang. Bagi pinjaman PTPTN pula, kerajaan telah memperkenalkan beberapa insentif pembayaran balik. Iaitu peminjam yang menyelesaikan hutang sekali gus dalam tempoh setahun akan mendapat diskaun 20 peratus ke atas jumlah pinjaman mereka. Manakala bagi mereka yang bayar secara konsisten, diskaun 10 peratus setahun akan diberikan.

Banyak suara yang daripada pihak berlainan telah dikeluarkan setelah pembentangan Bajet 2013 tamat. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, dari Parti Gerakan Rakyat menyatakan bahawa penekanan Bajet 2013 pada pendidikan, sumber manusia dan pembangunan tenaga kerja akan memastikan kita mempunyai tenaga kerja yang cukup mahir bagi pembangunan ekonomi masa depan.

Terdapat juga mahasiswa/i yang mengeluarkan suara mereka. Fadilah Salim, daripada Universiti Utara Malaysia menyatakan bahawa langkah kerajaan untuk meneruskan Program Baucar Buku 1 Malaysia adalah satu keputusan yang sangat tepat pada masanya. Ia telah meringankan beban ibu bapa, terutamanya bagi mereka yang dari golongan berpendapatan rendah.

Siti Nor Laila Onniefah Mohd Zaini, yang kini berkerja sebagai kerani di firma peguam menyatakan bahawa dia sebagai seorang bekas guru tadika, dia amat  gembira apabila mendengar bahawa kerajaan akan melaksanakan projek perintis untuk kanak-kanak kurang upaya dari keluarga yang berpendapatan rendah untuk menerima pendidikan awal.

Kerajaan telah mengeluarkan peruntukkan yang lebih banyak berbanding dengan tahun lepas. Kita, sebagai rakyat Malaysia, haruslah menyokong kerajaan kita dalam perkara-perkara yang bermanfaat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on December 5, 2012 by in Budget 2013.
%d bloggers like this: