EKSPRESI11

Blog Kewartawanan

SUKAN JAMIN MASA DEPAN RAKYAT

Sukan merupakan satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat khabar dan televisyen diberikan kepada sukan. Hari ini sukan mampu menjana pendapatan lumayan kepada pemain sukan. Pendekatan pragmatik kecemerlangan ialah kemampuan untuk mengatasi tanda ukuran terdahulu, catatan masa, rekod dunia dan sebagainya. Belia dan sukan sudah sinonim dalam penglibatan mereka dalam pelbagai permainan seperti bola sepak, badminton, renang dan sebagainya. Seperti mana yang kita semua tahu, daripada sukan telah melahirkan ramai pemain yang prosefional hinggakan seluruh pelusuk dunia mengenalinya. Oleh hal yang demikian, bajet untuk sukan pada tahun 2013 telah dipertingkatkan lagi agar dapat menarik minat ramai lagi peserta atau pelapis dalam bidang sukan.

Skuad Harimau Malaya - gambar hiasan -

Skuad Harimau Malaya – gambar hiasan –

Kekalahan skuad bola sepak kebangsaan dalam semua perlawanan pada Kejohanan Piala Asia (AFC)serta tumbangnya jaguh badminton negara dalam Kejohanan Badminton Dunia baru-baru ini, seolah-olah mengesahkan bahawa mutu sukan Malaysia semakin merudum. Itu belum lagi mengambil kira prestasi sukan-sukan teras lain seperti hoki, olahraga, renang, dan sebagainya. Kemerosotan pencapaian atlet-atlet negara ketika bertanding sama ada pada peringkat serantau mahupun antarabangsa telah menimbulkan pelbagai tanggapan negatif dalam kalangan peminat sukan di negara ini. Walau apa pun pertikaiannya, ternyata pelbagai langkah konkrit dan menyeluruh perlu diambil untuk meningkatkanmutu sukan negara, agar kita dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain dalam bidang sukan.

Oleh kerana kemunduran yang berlaku dalam bidang sukan akhir-akhir ini. Maka bajet pada tahun 2013 telah dipertingkatkan dalam bidang sukan di mana lebih kurang sebanyak 1.2 bilion diperuntukan untuk pembangunan sukan di Malaysia. Berikutan dengan itu, bajet ini disalurkan kepada enam saluran yang mana dalam pembangunan belia dan sukan, mempersiapkan sukan antarabangsa, persiapan olimpik 2016, ‘New Entrepreneur Foundation’. Young Entrepreneur Fund’ dan rebate secara ‘one-off’.

Peruntukan RM80 juta yang diberikan untuk pembinaan velodrom tertutup di Seremban, Negeri Sembilan dan akademi badminton di Bukit Kiara di sini, Ahmad Shabery berkata, ia adalah hasil kejayaan atlit di temasya Sukan Olimpik London. Sebanyak RM15 juta juga diperuntukan bagi mempersiapkan atlit negara ke kejohanan sukan antarabangsa termasuk Sukan SEA 2013 di Myanmar, Sukan Para Asean 2013 (Myanmar), Sukan Komanwel 2014 di Glassgow, Scotland and Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan. Di bawah program ‘Road to London’ sebanyak RM20 juta diperuntukkan namun Malaysia hanya memperoleh satu pingat perak menerusi Datuk Lee Chong Wei dari acara badminton dan satu pingat gangsa melalui Pandelela Rinong dalam acara terjun 10m platform.

Di samping itu, program-program pembangunan atlet juga perlu diperbaiki dan diberi nafas baru dalam usaha melahirkan atlet yang berdaya saing dan mampu mengibarkan cabaran negara pada peringkatantarabangsa. Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan telah menyediakan peruntukan yang cukup banyak untuk menyokong program-program pembangunan sukan di negara ini seperti penubuhan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN). Program pembangunan sukan ini meliputi aspek-aspek kritikal seperti kewangan, kejurulatihan, pemakanan, psikologi, dan sebagainya. Berhubung dengan isu ini, Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Shabery Cheek pernah menegur tentang cara pemakanan para pemain bola sepak kebangsaan ketika bertanding dalam Kejohanan Piala Asia yang dianggap tidak bersesuaian dengan diet para atlet.

Menurutnya kebanyakan para pemain bola sepak negara lebih menggemari roti canai, nasi lemak dan merokok. Kegagalan menyediakan program-program berkualiti, memungkinkan mutu sukan negara terus merudum dan kitaterus ketandusan para atlet yang berpotensi. Contohnya sejak menjuarai Piala Thomas pada 1992, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terus gagal membentuk sebuah pasukan kebangsaan yangmampu memecah penguasaan China dan Indonesia dalam arena badminton. Biarpun munculnya gandingan emas, Koo Ken Kiat dan Tan Boon Heong, namun kegagalan pasukan negara dalam Kejohanan Badminton Dunia bulan lalu menterjemahkan segala-galanya. Namun begitu, segala kelemahan tidak harus menjadi noktah untuk kita terus berusaha. Dengan pengemblengan usaha dan iltizam semua pihak, pastinya sinar di hujung terowong dapat dijelmakan untuk mengangkat kembali martabat sukan negara kita. Selain itu, para atlet negara juga perlu didedahkan dengan kejohanan-kejohanan antarabangsa secara lebih kerap. Penyertaan secara berterusan amat penting dalam usaha memantapkan persembahan serta menyesuaikan diri di dalam situasi pertandingan yang sebenarnya.

Pasukan bola sepak contohnya, tidak mampu membentuk persefahaman yang mantap jika digabungkan menjelang saat akhir pada sesebuah kejohanan sahaja. Setiap pemain sudah pasti mempunyai latar belakang kemahiran dan peribadi yang berbeza. Jesteru, penyertaan secara berterusan dalam pelbagai kejohanan dapat membentuk persefahaman dalam kalangan mereka seterusnya mampu menuai hasil yang diharapkan. Pencapaian ratu squasy, Nicole Ann David sehingga membolehkan beliau berada pada kedudukan teratas senarai pemain terbaik dunia, adalah berpunca daripada penyertaan yang tidak putus-putus dalam pertandingan peringkat antarabangsa.

Sejajar dengan usia kemerdekaan negara yang sudah menjangkau angka lima puluh lima tahun, seharusnya ia telah mendatangkan pencapaian kita dalam sukan. Mungkin tiada salahnya untuk kita belajar dengan negara-negara seperti Trinidad dan Tobago atau pun Kenya yang telah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan akhir bola sepak Piala Dunia 2006 serta mampu melahirkan atlet olahraga bertaraf dunia.Hanya dengan kerjasama erat semua pihak, misi untuk melihat kelibat anak-anak muda Malaysia beraksi pada pusingan akhir bola sepak Piala Dunia 2014 akan menjadi kenyataan. Bak kata pepatah pengayuh sudah ada di tangan, perahu sudah ada di tangan´, terserah kepada kita untuk merealisasikan impian 26 juta rakyat Malaysia. Majulah sukan untuk negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on December 5, 2012 by in Budget 2013.
%d bloggers like this: