EKSPRESI11

Blog Kewartawanan

BAJET 2013: RM 1000 KURANGKAN BEBAN PESARA TENTERA TANPA PENCEN

GAGAH…angakatan tentera yang sedia berjuang untuk negara

GAGAH…angakatan tentera yang sedia berjuang untuk negara

 

Nurul Wahida bt Ali 204173

 

Pembentangan bajet 2013 yang di bentang oleh Dato’ Seri Najib sedikit sebanyak telah memberi semangat baru kepada Ahli Tentera Malaysia,yang mana  pemberian RM1000 secara one off kepada 224,000 orang pesara yang berkhidmat kurang 21 tahun berkhidmat  atau tanpa pencen sekaligus dapat membantu dengan mengurangkan beban mereka. Dengan kata lain kehidupan mereka lebih terbela.

            Sepanjang bajet ini pekerja Angkatan Tentera Malaysia dapat menarik nafas lega, apabila pihak kerajaan menjanjikan akan memberi insentif khas sebanyak RM200 sebulan kepada 125,708 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Dengan adanya insentif seperti ini, dengan secara tidak langsung dapat membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih selesa. Sekaligus dapat membakar semangat mereka dalam memberi perkhidmatan yang terbaik dalam menjaga keamanan negara.

            Disamping itu Tentera Simpanan  Wataniah juga tidak terlepas dalam mendapat bahagian dalam bajet kali ini. Berdasarkan bajet kali ini kerajaan mengumumkan bahawa elaun perkhidmatan tentera watniah dinaikkan dari pemberian elaun sebelum ini. Yang mana tentera wataniah akan menerima kenaikan elaun dari RM 6 ke RM7.80 setiap satu jam perkhidmatan. Bajet kali ini membukti kan bahawa golongan tentera simpanan wataniah tidak di lupakan jasa mereka kepada negara, malah mereka merupakan salah satu aset penting kepada negara dalam menjaga keamanan negara dan menghadapi segala seribu kemungkinan kepada negara.

            Sehubungan dengan itu Mohd Shukor Shafee, Pegawai Waran Dua  Batalion Ke-5 RAMD, berkata “kami harap apa yang diberikan oleh kerajaan dalam belanjawan  ini dapat dijadikan pemangkin oleh anggota ATM untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi memastikan keamanan negara terus berkekalan sampai bila-bila”, kata beliau kepada Harian Metro yang bertarikh 29 September 2012 (m.s19).

            Seterusnya seramai 242,200 orang anggota polis dan anggota ATM akan menerima insuran berkelompok dengan had perlindungan RM 15,000. Bajet ini merupakan salah satu verita gembira kepada anggota pertahanan negara kerana dengan adanya insuran sebegini kehidupan mereka dan keluarga akan terbela seandainya sesuatu yang tidak diingini terjadi semasa sesi latihan mahupun masa bertugas. Selain tugasan yang dipikul berdepan dengan pengorbanan nyawa.

            Sebagai penjawat awam, anggota ATM tidak terlepas dalam menerima imbuhan bonus sebulan gaji dan RM500 untuk golongan pesara. Imbuhan ini memberi seribu satu erti bagi mereka dalam mejalankan tugasan dengan lebih berkualiti, kerana ianya seperti satu penghargaan yang pihak kerajaan berikan kepada mereka.

Tambahan lagi kadar pencen mínimum pesara dinaikkan daripada RM720 kepada RM820. Kelebihan ini akan membantu para pesara menghadapi kehidupan yang lebih baik selepas tamat perkhidmatan.

            Manakala bagi hal pinjaman perumahan kerajaan menjanjikan dalam bajet 2013 akan menyusun semula soal pinjaman perumahan, disamping manfaat dan bantuan kekal pada kadar empat peratus. Hal ini memudahkan para penjawat awam memiliki aset perumahan sendiri tanpa perlu terbeban dengan masalah hutang yang melampau.

            Disamping 31,135 orang pelatih akan menerima kenaikan elaun, yang mana akan menarik ramai orang untuk menceburi bidang ini. Yang mana akan menambah bilangan angkatan pertahanan Negara dalam menjaga kemakmuran dan keamanan Negara.

Kukuh barisan tentera melayu.

Kukuh barisan tentera melayu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on December 9, 2012 by in Budget 2013.
%d bloggers like this: