EKSPRESI11

Blog Kewartawanan

BAJET TAHUNAN : BANTU PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

Disediakan oleh      : Siti Syafikah Binti Suhaidi

Setiap tahun, kerajaan Malaysia akan memperuntukkan sebahagian daripada bajet tahunan untuk pembangunan pendidikan. Sejak tahun 2012, pendidikan menjadi tumpuan ramai baik yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung.Hal ini kerana, pendidikan merupakan salah satu penyumbang utama kepada pembinaan serta agenda sesebuah negara bangsa.

Bajet pendidikan dirancang bukan sahaja membantu dalam menpertingkat pendidikan anak-anak seawal pra-sekolah mahu pun di peringkat institusi pengajian tinggi malahan untuk tujuan pembinaan dan penyelengraan sekolah dan juga memperkasa bidang perguruan. Bajet bagi pembangunan pendidikan ini bergantung kepada pencapaian dalam sektor pendidikan pada tahun sebelumnya.

Bagi bajet pada tahun ini, sebanyak RM 38.7 billion telah diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia bagi meliputi peruntukan mengurus dan pembangunan. Ini berbeza pada tahun 2012 yang mana kerjaan memperuntukkan RM 50.2 billion meliputi Tabung Khas Pembinaan, penambahbaikan dan penyelenggaraan sekolah.

Kerajaan telah pun menlancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(PPP 2013-2025) pada 11 September Lalu bagi memastikan sistem pendidikan Malaysia mampu mempertingkatkan potensi pelajar. Bajet 2013 ini dilihat sebagai salah satu cara bagi memperksra pendidikan dan latihan di Negara kita. Melalui PPP 2013-2025, bukan sahaja kerajaan malah rakyat Negara juga mengharapkan kualiti pendidikan melalui satu transformasi yang drastik kerana, pendidikan merupakan asas pesaingan dengan Negara-negara lain terutama Negara maju.

Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, sebanyak 15 % dari keseluruhan peruntukan di peruntukan kepada sektor pendidikan. Dalam PPP 2012-2015 terdapat tiga aspek penting pendidikan yang ditekakan; peningkatan kualiti pengajaran guru  dalam bidang Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains; melengkapkan infrastruktur sekolah; dan memastikan keberkesanan pelaksnaan melalui pemantauan transformasi tersebut. Disamping itu, satu Unit Pelaksanan Pendidikan (EPU) akan diwujudkan bagi memantau PPP 2013-2025 dapat dicapai.

Bajet 2013 ini sangat berbeza dengan bajet 2012  yang mana pada tahun 2012 bajet lebih tertumpu kepada Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluaan mendesak untuk membaiki bangunan sekolah, peyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambanhan. Maka, pada tahun 2013 ini, kesemua peruntukan telah pun dirancnag bagi memastikan pendidikan di Malaysia mampu menjadi salah satu pendidikan terkemuka dan bersaing dengan Negara luar.

Pendidikan awal memainkan peranan penting dalam melengkapkan kanak-kanak dengan pendidikan asas. Bagi memperkukuh pendidikan awal kanak-kanak, sebanyak RM 1.2 billion untuk Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Pelajaran, PERMATA dan Jabatan Perpaduan dan Integrasi nasional bagi tujuan pendidikan prasekolah. Ini dapat membantu peningkatan dalam latihan dan alatan bagi prasekolah dan membantu perkembangan minda kanak-kanak prasekolah.

Kerajaan juga member peluang kepada kanak-kanak golongan upaya  untuk menikmati pendidikan awal. Kebanyakan kanak-kanak kurang upaya ini datang dari golongan keluarga yang berpendapatan kerana Malaysia kekurangan TASKA untuk kanak-kanak kurang upaya. Oleh yang demikiain satu projek perintis TASKA OKU akan dilaksankan dan diharap dapat membantu kanak-kanak golongan upaya memiliki pengetahuan awal sebagaimana yang diperoleh oleh kanak-kanak normal.

Kerajaan telah mengambil satu insentif bagi menyelesaikan masalah graduan yang menggangur dan bilangannya meningkat setiap tahun dengan menubuhkan Graduate Employability Taskforce dan Graduate Employability Blueprint. Dengan penubuhan kedua-duanya, ini dapat membantu graduan-graduan memperoleh pekerjaan kerana, kerajaan akan mudah mengenal pasti mereka yang menggangur dan membantu mengisi sokongan pekerjaan.

            Walaupun sudah memperoleh kemerdekaan selama 55 tahun, Malyasia kekurangan tenaga mahir dalam pelbagai sektor terutamanya sektor perindustrian. Oleh itu, RM 400 juta telah diperuntukkan kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran bagi memberikan pinjaman kepada pelatih untuk menjalani latihan. Dengan pinjaman yang diberikan, pelatih-pelatih institusi kemahiran dapat menjalani latihan dengan mudah dan tidak perlu risau terhadap yuran pengajian. Hal ini kerana, kebanyakan dari pelatih-pelatih tersebut berasala dari keluarga berpendapatan rendah dan kurang menyerlah dalam akademik sewaktu disekolah. Oleh yang demikian, bantuan yang diberikan kerajaan ini dilihat sebgai salah satu platform peningkatan kemahiran tenaga kerja dalam kalangan pelatih setelah mereka tamat latihan

            Secara keseluruhannya, Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 ini banyak memberikan kesan positif terhadap pendidikan khususnya dari segi peningkatan kualiti pelajar sama ada sejak awal persekolahan, selesai bergraduasi ataupun ketika menjalani latihan kemahiran. Sekiranya kualiti keboleh pasaran tidak mencapai nilai yang sepatutnya, pembangunan negara tidak seperti yang diharapkan. Selain itu, ini akan menyebabkan masalah lambakkan pekerja asing di sektor industri atau profesional kerana negara kita mempunyai masalah untuk melahirkan tenaga kerja yang berkualiti. Oleh itu, peluang yang diberikan oleh Perdana Menteri ini perlulah digunakan sebaik-baiknya kerana kesannya bukan sahaja demi pembangunan Malaysia malah untuk pembangunan diri rakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on December 9, 2012 by in Budget 2013.
%d bloggers like this: