EKSPRESI11

Blog Kewartawanan

Bajet 2013

Ooi Huey Ying

Sudah lama-lama ditunggukan oleh keseluruhan rakyat Malaysia, Bajet 2013 akhirnya telah disampaikan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentang Rang Undang-undang Perbekalan (2013) di Dewan Rakyat pada Jumaat yang lalu, 28 September 2013.

Bajet 2013 digubal dengan fokus unutk meningkatkan taraf hidup rakyat di seluruh negara, memastikan pertumbuhan ekonomi mapan, perbelanjaan berhemah dan mengurangkan deficit fiscal negara dengan matlamat keselurhan mengutamakan kesejahteraan rakyat. Oleh itu, Bajet 2013 dirangka bertemakan “MEMAKMUR NEGARA, MENSEJAHTERA RAKYAT: SEBUAH JANJI DITEPATI”.

1Dengan rencana ini, kita akan merumuskan tentang usaha dan pembanguan dibuat oleh bajet baru ini dengan bidang ICT. ICT merupakan akronim atau singkatan daripada perkataan ‘Information and Communication Technology’ yang bermaksud Teknologi Komunikasi Maklumat. Teknologi maklumat. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk memprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah penggunaan computer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

 Selepas saya menrumuskan usaha dan pembangunan baru yang dibuat dalam bidang ICT terhadap Bajet 2013 ini, saya menrumuskan mendapat enam perkara utama dalam usaha dan pembangunan baru yang akan dilaksanakan oleh Bajet 2013 yang baru ini.

Pertama, usaha dalam menjalankan pendidikan dan pembangunan (R&D) atas bidang ICT. Dalam Bajet 2013 yang baru ini, kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM600 juta kepada lima buah universiti penyelidikan bagi menjalankan penyelidikan berimpak tinggi dalam bidang strategic seperti nano teknologi, automotif, bio-teknologi serta aero-angkasa. Usaha ini dilaksanakan ini sebab pelbagai penemuan dan hasil R&D institusi penyelidikan awam berpotensi untuk dikomersialkan pada masa kini. Manakala, universiti penyelidikan ialah universiti awam yang telah diiktirafkan oleh Jemaah Menteri untuk menjadi hab kecemerlangan pendidikan dan penyelidikan. Universiti penyelidikan termasuklah Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Pada pendapat saya, usaha ini adalah amat patut digalakkan oleh pihak kerajaan untuk memberi penekanan dan berusaha menjalankan kegiatan penyelidikan dan pembangunan dalam universiti penyelidikan tersebut. Ini supaya negara kami mencapaikan hasrat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga institusi pengajian tinggi (IPT) di antara 100 universiti terbaik dunia dan satu antara 50 universiti terbaik menjelang tahun 2020.

 Pada masa Bajet 2010, kerajaan mewujudkan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (SPTH) dengan dana berjumlah RM1.5 bilion untuk tmpoh tiga tahun, yang akan berakhir pada 31 Disember 2012. Pada Bajet 2013, skim ini akan ditambah sebanyak RM2 bilion dan tempoh akan dilanjutkan untuk tempoh tiga tahun lagi iaitu sehingga 31 Disember 2015. Manakala, teknologi hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, perlalatan serta sistem unutk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Penubuhan skim ini dapat mengurangkan bebanan kos pembelian teknologi hijau dan pemasangan yang tinggi dihadapi oleh syarikat swasta dan kerajaan tempatan.

2Menurut Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata salah satu contoh adalah lampoon jalan raya. Beliau berkata, kos pemasangan lampoon jenis diod pemancar cahaya (LED) bagi lampu jalan adalah tiga kali ganda lebih tinggi berbanding lampoon konvensional, tetapi lampu LED mampu menjimatkan kos utility sehingga 60 peratus setiap bulan. Beliau juga berkata, dengan melalui skim pihak menteri berharap bebanan kerajaan tempatan untuk menukar lampoon jalan di bandar utama kepada lampu LED akan tercapai sekali gus menjimatkan kos utiliti kerajaan dalam jangka panjang. Tambahan pula, teknologi hijau juga mengutamakan empat sektor yang berbeza supaya membuat perubahan, antara sektor-sektor adalah dari segi sektor tenaga, sektor bangunan, sektor air dan pengurusan sisa dan juga sektor pengangkutan. Kesemua sektor-sektor berikut adalah ditekankan oleh skim ini untuk menerima pakai teknologi hijau dan memanfaatkan kehidupan rakyat dan pembelanjwan kerajaan.  Oleh itu, dari segi keseluruhan kita boleh mendapat faedah daripada teknologi hijau dan saya berpendapat belanjawan yang digubalkan dalam Bajet 2013 ini adalah berpatutan dan bijaksana.

Perkara yang seterusnya menekankan terhadap pihak golongan wanita. Dalam Bajet 2013, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengagihkan peruntukkan berjumlah RM50 juta dalam bentuk geran RM1000 kepada 50 ribu usahawan kecil terutamanya wanita untuk meningkatkan jualan dalam talian melalui program Get Malaysian Business Online (GMBO) pada tahun 2013. Program ini adalah sebagai sesuatu inisiatif yang dijalankan untuk membantu usahwan kecil untuk menreka laman web perniagaan dan supaya beraktif dalam pengurusan perniagaan secara online supaya menluaskan pemasaran perniagaan mereka dan meningkatkan pendapatan mereka. Selain itu, usahawan yang sebagai penserta program ini akan mendapat tips dan latihan tentang membuat promosi dan jejaki terhadap laman web perniagaan sendiri dan mereka juga akan mendapat kredit promosi Adwords dengan sokongan telefon dari pakar. Kerajaan membuat belanjawan ini adalah untuk memperkukuhkan dan memperkuatkan sumbangan dan jasa golongan wanita dari segi ekonomi negara. Ini adalah amat perlu diamalkan supaya tidak mengetepikan gologan wanita dalam masyrakat kita.

“Menariknya, peruntukan di bawah Get Malaysian Business Online Programme (GMBO) mampu menarik perhatian 50.000 usahawan terutama wanita untuk berkembang yang menambah minat lebih banyak syarikat mewujudkan persekitaran online” kata Presiden dan Ketua Pengawai Eksekutif Rakuten Online Shopping, Masaya Ueno.

Perkara yang keempat dalam bidang ICT yang disebutkan terhadap Bajet 2013 baru ini adalah berkaitan faedah belia. Bagi membantu usahawan muda dalam bidang ICT, sebuah yayasan dengan nama New Enterpreneur Foundation akan ditubuhkan dengan peruntukkan permulaan sebanyak RM50 juta. NEF akan menjadi platform bagi program latihan dan bimbingan. Selepas penubuhan, NEF juga seterusnya mengumumkan 14 program pembangunan yang berteraskan ICT dan kreatif khusus untuk usahawan Bumiputera ICT yang dikenali sebagai ‘Inisiatif Pemangkin Usahawan ICT’ atau nama singkatan inisiatif PUsh. Penubuhan NEF melalui Bajet 2013 ini adalah amat penting. Ini menunjukkan pihak kerajaan tidak mengabaikan manakala mementingkan peranan belia dalam mengaspirasikan pembangunan negara. Bidang ICT adalah bidang yang bersaingan dengan hebat dan berpotensi. Bagi membangunkan bidang ICT dan memelihara golongan belia, pihak kerajaan memberi peluang kepada para belia yang berminat ICT supaya mereka dapat bersaingan dan menceburi diri sendiri dalam bidang tersebut. Selain itu, dengan usaha ini akan melahirkan genersi muda yang berpersonaliti tinggi, berintegriti, kreatif, bermotivasi serta berdaya saing pada masa yang akan datang.

“Penubuhan NEF adalah berita baik untuk pembangunan aplikasi, kandungan dan sebagainya, namun kerajaan perlu meneliti kerjasama antara banyak pihak memandangkan ia membabitkan jumlah yang besar” kata Pengasas Bersama Persatuan Berkaitan Peranti Mudah Alih, MobileFest, Samuel Tan. Oleh itu, pihak kerajaan perlu memberi penumpukkan terhadap perkara ini dan menguruskan dengan teliti dan bijaksana.

3Perkara yang kelima juga memanfaatkan golongan belia iaitu rebet RM200 untuk pembelian telefon pintar oleh golongan belia. Dalam Bajet 2013, pakej khas akan diperkenalkan oleh kerajaan melalui kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta syarikat Telekomunikasi. Pakej komunikasi Belia rebet RM200 akan diberi secara one-off bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G melalui pengedar-pengedar rasmi bermula 1 Januari 2013. Pakej ini hanya bermanfaat kepada golongan belia berumur 21 hingga 30 tahun dan berpendapatan bulanan RM3000 dan ke bawah. Dalam pakej khas ini yang diperkenalkan dalam Bajet 2013, dianggarkan memerlukan peruntukkan sebanyak RM300 juta kepada berjumlah 1.5 juta belia di Malaysia. Pada pendapat saya, ini adalah sesuatu manfaat kepada golongan belia untuk membantu mereka supaya tidak disingkirkan oleh masyarakat yang berinformasi teknologi yang pantas dan tinggi. Dengan penggunaan telefon pintar 3G, kita boleh mendapat maklumat dan informasi yang terkini dengan tepat dalam masa yang cepat dan singkat. Ini juga akan memperkuatkan pemikiran dan ilmu pengetahuan golongan belia supaya dapat bersaingan dengan orang lain secara sedunia.

Setiausaha Agung Persatuan Alumni Pemimpin Malaysia (ASPIRASI), Muhammad Syukri Ibrahim, berkata pakej itu sebagai galakan kepada belia menggunakan teknologi terkini. “Penggunaan telefon itu berpatutan dengan kehendak belia yang dahagakan ilmu. Pakej itu jawapan kepada kehendak mereka untuk memilikinya,” kata beliau.

Perkara yang terakhir yang dititikberatkan oleh pihak kerajaan dalam Bajet 2013 dari segi ICT adalah penubuhan 100 pusat Internet 1Malaysia. Perkara diperkenalkan di bawah sesi bantuan dan insentif rakyat pada hujung ucapan Bajet 2013 yang disampaikan oleh Datuk Seri Najib. Melalui Bajet 2013 yang baru ini, penubuhan pusat internet itu adalah suatu program jalur lebar untuk rakyat termiskn di bandar. Kerajaan akan menubuhkan 100 pusat Internet 1Malaysia bagi tahun 2013 hingga 2015 di dalam Bandar seperti di kawasan perumahan rakyat (PPR) dan diuruskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang dijangka menelan peruntukkan sebanyak RM150 juta. Pusat Internet yang akan ditubuhkan adalah dilengkapi dengan kemudahan computer dan perkhidmatan jalur lebar dan meningkatkan kegiatan sosioekonomi mereka. Pelan ini amat penting bukan sahaja untuk mengajar tentang ilmu pengetahuan penggunaan computer dan teknologi lain kepada rakyat Malaysia tetapi juga ini merupakan salah satu usaha yang dilaksanakan untuk menrapatkan jurang digital rakyat-rakyat Malaysia antara kawasan bandar dan luar bandar. Penubuhan pusat Internet di kawasan perumahan terutamanya luar bandar  akan menwujudkan  peluang rakyat untuk menggunakan komputer dan teknologi lain dan dapat mengaplikasikan ilmu ICT dalam kehidupan seharian masing-masing.

“Tema Bajet 2013 yang menekankan soal mentransformasikan pendidikan, mendayakan perniagaan dan memperbaharui hidup rakyat amat dialukan, malah jumlah sebanyak RM41 bilion untuk pendidikan cukup penting di samping penubuhan 100 pusat Internet 1Malaysia yang melambangkan kepentingan teknologi di Malaysia”, kata Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, Ananth Lazarus. Oleh sebab itu, penggunaan dan penglibatan ICT dalam kehidupan seharian manusia adalah semakin mementingkan yang selaras dengan kepentingan pendidikan kepada seseorang.

Akhirnya sekalinya, walaupun usaha dan kegiatan pembangunan dari segi bidang ICT dalam Bajet 2013 yang baru ini adalah tidak disenaraikan sebagai topik fokus yang diutamakan ini disebabkan sebenarnya bidang ICT sudah diberi usaha dan aktiviti pembangunan pada bajet-bajet yang tahun lalu. Oleh sebab itu, pada tahap kini bukanlah pihak kerajaan telah mengetepikan pembangunan bidang ICT tetapi hanya pembangunan ini diperlahankan dan pihak kerajaan cuba menitikberatkan detail-detail tahap pembangunan dan perkembangan pada keseluruhan bidang ICT. Sekaranglah kerajaan membuat yang lebih teliti dan menfokuskan detail-detail untuk memastikan perkembangan setaraf dari keseluruhan. Selain itu,  pada pendapat saya perkembangan bidang ICT di Malaysia sekarang memerlukan unsur-unsur yang baru untuk mencapaikan pencapaian yang lebih tinggi dan baik, sebagai contoh langkah kerajaan memberi peluang untuk generasi muda untuk menceburi bidang ICT dalam Bajet 2013 adalah sebagai permulaan untuk kemasukan unsur yang baru terhadap bidang ICT.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on December 16, 2012 by in Budget 2013.

Navigation

%d bloggers like this: