EKSPRESI11

Blog Kewartawanan

Bajet Sukan 2013

Theren Voo @ Therenes Voo (204829)

Bajet Sukan 2013

 

Pembentangan bajet 2013 oleh YAB Dato Seri Najib Bin Razak telah mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia akan rancangan beliau untuk melakukan pemberian serta bantuan yang bersifat kemasyarakatan kepada rakyat Malaysia.

Pembentangan bajet 2013 ini boleh disimpulkan lebih menumpukan dalam usaha untuk membantu serta menitikberatkan keadaan kebajikan masyarakat dan membuat pelaburan dalam bidang yang berpotensi.

Antara pelaburan yang ingin diceburi dan mulai mendapat perhatian negara ialah dalam bidang sukan. Prestasi para atlet negara dalam bidang sukan yang semakin mendapat perhatian di peringkat antarabangsa membuat perdana menteri tersedar bahawa pembangunan  sukan negara harus diambil serius dan haruslah terus disokong oleh kerajaan agar pencapaian para atlet akan terus menyerlah.

Dengan itu, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa peruntukkan sebanyak RM738 juta akan salurkan dalam usaha membangunkan serta memantapkan bidang sukan negara. Dalam pengumuman itu juga, RM15 juta akan diberi untuk mempersiapkan para atlet ke kejohanan sukan antarabangsa termasuk Sukan SEA 2013, Sukan Para ASEAN 2013, Sukan Komanwel serta Sukan Asia tahun 2014. Sebagai tambahan juga, 50 juta ringgit lagi diperuntukkan untuk tempoh 4 tahun khusus bagi persiapan Sukan Olimpik Rio 2016 di bawah program Road to Rio.

Datuk Seri Ahmad Shaberry Cheek, Menteri Belia dan Sukan negara berkata bahawa peruntukan bajet dalam bidang sukan pada kali ini merupakan jumlah yang terbesar pernah diperolehi. Beliau berasa berbesar hati terhadap peruntukkan yang diberi dalam rancangan bajet 2013 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Beliau juga menyatakan bahawa peruntukkan besar yang diberi ini memaparkan betapa seriusnya perdana mentari memandang potensi bidang sukan negara. Menurut beliau lagi, Perdana Menteri faham bahawa sukan bukan sekadar pingat semata-mata tetapi ia berkaitan dengan soal melonjakkan imej, moral, menyatupadukan rakyat dan memberikan inspirasi kepada generasi muda untuk terbabit dalam sukan.

Peruntukkan bajet sukan yang diberikan untuk tahun 2013 meningkat sebanyak RM559 juta, iaitu daripada peruntukkan bajet sukan 2012 hanya sebanyak RM179 juta kepada RM738 juta.

Peruntukkan sebanyak ini diharapkan mampu memperhebatkan lagi prestasi para atlet negara dari segi menjalani latihan secara professional oleh jurulatih sukan yang bertauliah, serta mendirikan dan menaiktarafkan fasiliti-fasiliti sukan yang berpotensi untuk membenarkan para atlet menjalani latihan dalam keadaan yang selesa dan lengkap.

Bajet sukan 2013 juga membawa harapan untuk melahirkan lebih banyak lagi atlet-atlet muda yang berpotensi seperti jaguh badminton negara, Dato Lee Chong Wei, ratu squash Negara Datuk Nicole David dan juga ratu terjun negara Pandelela Rinong Anak Pamg.

Pendek kata, bajet sukan 2013 yang dikatakan ditimpa durian runtuh sememangnya dipandang tinggi bukan sahaja oleh pihak kerajaan nanum juga oleh pihak masyrakat. Jika prestasi para atlet negara mampu bersaing sengit serta  memperoleh kejayaan dalam pertandingan peringkat antarabangsa, pastinya rasa kebanggaan, kegembiraan serta kesatuan akan timbul dalam dada setiap anggota masyarakat Malaysia.

 

Leave a comment

Information

This entry was posted on December 14, 2012 by in Budget 2013.